oRang KUat

Friday, April 10, 2020

Assalamualaikum 2020

Assalamualaikum...

Untuk sekian kalinya.
April 2020. Pada tahun yang mencabar. Saya kembali dengan blogging. Bukan untuk meraih follower. Sekadar luahan rasa untuk kenangan diri sendiri.

Last pos saya pada tahun 2013 baru nak menimang cahaya mata. Sekarang alhamdulilah... Rezeki saya pada tahun 2017 bertambah seorang insan yang hadir mengisi hidup kami.

Semoga tahun 2020 dan seterusnya makin bersinar dan bahagia hendaknya.

More to be share and more to be happy.

Sekian.

10 April 2020

Wednesday, April 24, 2013

Alhamdulilah... Cinta itu milik Kami

Assalamualaikum... Salam Sejahtera.. Selamat malam.


-Entry lama-

23 Mac 2013 hepi go lucky je pergi kenduri kawan. Tak sangka malamnya sangat-sangat lah kepenatan. Dan tepat jam kul1230pagi. Perut macam creM! owh noooo...... Keluar la g toilet sorang-sorang, sekali terkejut bila kencing nya tak lawas. Xpernah macm ni. Dah mula risau. Malam tu boleh la 4, 5 kali masuk keluar toilet. Nak menangis. Bagitau suami, janji esok nak g klinik. Alhamdulilah finally dapat tido.

24 Mac 2013 Sangat tidak bermaya. Muka pucat tak payoh oyak. Mesej ma bagitau masalah. Suh minum air masak banyak2. Suami buatkan air barli. Minum banyak-banyak. Malamnya pergi la klinik, ok dengan muka sememeh dan alhamdulilah dah boleh kencing dengan baik walaupun x berapa puas.  G je klinik pandai dr. tu agak, baru berkeluarga ye? macam bomoh daaa... Jawab je la ye. Dan jelaskan semua apa-apa masalah tu la kan. So dr. tu senyum ja.. tanye period last and sememangnya due dah lepas dalam 3 weeks.

Kena test air kencing. Kena tunggu dulu kejap je dalam 15 minit. Keluar jumpa suami, dia senyum. Dia dah agak. Neves jugak, Akhirnye.... Doc panggil and senyum jee.. sambil tunjuk ape ke benda tuu.... pastu ada line merah terang satu and kabur satu!. Doc cakap TAHNIAH!!! Dah 4 weeks at that time!!! Dan doc kata yang kecing tu tak lawas biasa petanda awal mengandung. Dan doc jugak kata, takde kuman ape semua. Alhamdulilah. Owh rasa macam hepi giileee.... Siap Doc tanye misi  kat sebelah kata ni positif, maybe tengok muka tuan hamba ni macam bluurrrr... kikikikik... Alhamdulilah. Itu ja mampu terucap. Keluar je bilik doc. Senyum kat suami. Dia dah agak. Bakal menjadi ibu dan ayah....!!

Balik nya terus mesej ma.. Ma nak bleh cucu dah!! hehe Tido dalam senyum...

-Entry Baru-

24 April 2013 Hari ni kamdungan dah 7 minggu. Alhamdulilah. Tapi alahan jangan cakap lah. Sepanjang hari. Sangat kuat alahannya. Semoga baby kami dalam rahim ni baik3 saja. Amin.

Semalam 23 April 2013, hari ulang tahun kelahiran suami. Tak ada apa yang istimewa dpat saya bagi sebagai hadiah. Cuma sekeping kad, sebagai kenangan. SOri, xdapat bagi abg hadiah gapo-gapo. Suami kata... Eh buke dah bagi hadiah ke??? tapi kena booking selama 9 bulan. Sambil pegang my tummy  owh sweet! RAsa time tu jugak nak menangis.!!
Psssst: Sekarang ni emosi sangat-sangat MANJA!!! Ada-ada je nak nangis.. Owh... Suami kata pembawakan baby. Urmmmm.....


Entry untuk alahan akan datanggg.......

Wasalam.. Nite!

Thursday, April 11, 2013

Gambar-Picture-

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Sebagaimana yang dijanjikan cewahpoyo  saya pom upload la gambo gambo untuk tatapan blog saya ni. Alhamdulilah la semuanya berjalan lancar. Almost 2 month baru nak letakkan. Baby dalam my tummy pom mesti gelak upsss..... ^____^  Entry basi!! But this for moment that i will remind in my mind!

No more story morry. Jom tengok.. If nk tengok.


Masa mula-mula rombongan pengantin laki sampai. 

Soriii.. suami saya memang macam ni. T_T


Masa menyambut menantu laK!

This only pic saya ada bersama keluarga kecik saya. I love them veli-veli much! Kecewa sampai sekarang sebab pic nga family saya tak banyak!!!! T______T

Kawan-kawan masa di alam sekolah menengah! Thanks uols coz sudi datang ke majlis yang tak seberapa ni..


Outdoor.... 

Always in LOVE

Sampai bila-bila... Selagi saya bernafas, saya akan sentiasa menguruskan pakaian awak.
Im waiting for U

Abg: Chak!! Saya: Seriuss.....senyumm romantik!

Abg: Muah... Saya: Time kasih awopppp

siti - tahajjud cinta (playlist)

TAKDE TAJUK

HAi.....

Banyak sangat perkembangan terbaru yang nak di kongsi. Tapi selalu tak sempat nak bukak blog ni.. Owh Sabtu ni saya ada exam untuk Pegawai Tadbir Diplomatik! Orang kata susah.. Suami kata pergi ja.. mana tahu rezeki kita. Owh tapi sangat susah... tak study ape benda pom lagi Now saya seorangan malam ini. Suami outstation.. Sangat rindu. Feel Alone. I hope u save journey sayang. Nite

Sunday, February 3, 2013

Letih weh!


Letihnya saya.
Baru tahu bukan senang nak handle majlis kenduri kawen.
Kan best ada banyak duit, semua benda orang lain PK! Kitooo bayoor jee..

Ni, majlis lagi dalam 4 hari (08/02/2013)!!!
Baju belum last FITTING AG!!! geram! 
kita pergi dio xdop... adoiiii....
Dah jadi kes ALiyah plop aku neh!

Barang semua pun belum setel ag neh!!
Harap semuanya berjalan nga lancar!

IM SO TIRED!

Friday, February 1, 2013

Kembali...


Assalamualaikum....

Kembali dengan 'Title' baru... Jika entry sebelum ini saya masih lagi anak2 mungkin... Kini im be a new person, x tukar nama, masih nama seperti dalam IC.. Bertukar STATUS!! waaa.... haa..

Lama menghilang tibe3 datang sedangkanorgxperasanpunguadalamblognixapelaa dengan pangkat baru!! Ok lah, walaupun tak ada sesiapa pun yang addict membaca blog saya. Tapi ini hanyalah pekongsian untuk diri sendiri bila kelapangan. 

28 DISEMBER 2012 tepat jam 930PM+++ saya  selamat di ijab kabulkan dengan kekasih hati. Saat tu, hanya ALLAH ja yang tahu perasaan ni. Excited... YEs! Neves?? Yes! Sedih.. Yes! Terharu.. Ya! Wow.. 





Malam sebelum diijab kabulkan -sekarang inai pun dah nak habis- Dah sebulan 2 hari semasa entry ini ditulis..


Persalinan saya. Baju pertunangan. Save bajet. ^__^ Baju akad nikah, klu bleh nak yang kita punya, x nak sewa2.. untuk kenangan hari tua. Jadi elak membazir pakai balik baju tunang hari tu. Simple...


Kasut pada malam tu...


Pelamin akad nikah. Nikah dimasjid, so kira tempat bergambar untuk anok beranok. ^__^


For me to u!


Perasaan yang sangat INDAH dan bercampur baur sebagai seorang WANITA. I feel It!
Terima kasih SUAMI



Now have two parents.. 


With big3 siblings, cousin, dua2 belah pihak.... Baru akad nikah, tunggu je la bersanding nanti. How wonderful moment!


wasalam...

Friday, June 22, 2012

LasT hangOut



i will miss everything about us. Tq for everything friend.

Picture talking!



Nnti rindu muka-muka sempoi korang

gelak-gelak rajuk-rajuk

tibe-tibe muka tak puas hati

Budak nie nye pasal!
kitak, kema, zati , ateh!


always remember k!

LOve

Upsss! Sori

Monday, June 11, 2012

Cinta Bersatu



Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku




Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu




Saturday, June 9, 2012

Dia



Lelaki cool.. bila romantik,  feeling habis..

owhhhh sweet! 

falling in love again!  ngeh3

^_________^



Friday, June 8, 2012

Motivasi



 Tajuk entry bukan main ag kan?!!! :) Saya bukanlah pandai bermotivasi segala... Sekadar pendapat dan pengalaman mungkin..

Ok, mesti korang2 semua pernah rasa kecewakan?? Bercinta, putus tengah jalan. Ingatkan panas sampai kepetang rupanya taufan ditengah hari. Dan.. dan.. Mesti korang2 FRUST gila jangan sampai gila dan mula la kata, MENYESAL JUMPA@KENAL DIA! That normal. Tapi bila difikirkan, anda sebenarnya tak perlu nak menyesal, BONUS sebenarnya anda dapat kenal dia.. WHY?? Ok, jika anda tak kenal dia, anda takkan jumpa right person yang anda ada sekarang. Betul tak??

Ada satu ayat yang selalu saya ingat.. KITA AKAN JUMPA ORANG YANG SALAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA JUMPA YANG BETUL-BETUL SESUAI. Ni lah orang kata learning process. hee :)

Saya juga pernah lalui hal yang sama, sampailah bertemu Encik Tunang. Urm.. Terima kasih untuk dia yang salah, sehingga menemukan orang yang betul-betul terima kita apa ada kita. Saya tak pernah menyesal mengenali dia, tapi sedikit rugi masa. Itu sahaja. Tapi itu pengalaman yang mematangkan kita. Untuk jadi lebih kuat.


Jadi....




 
Peace!!





This Me


Thursday, May 31, 2012

Selesai Separuh Jalan

 Salam......

 Alhamdulilah... Selesai satu ujian untuk pelajar tahun akhir seperti saya.... Ya.. masa makin menghampiri untuk saya tinggalkan UTM nie. Sambung study??? Mampu ke saya -_- Yang PSM nie pun dah macam terseksa sangat2 dah.. Sayabukanbudakpandai

Semalam -versikelatemarim- Saya selesai membentangkan tajuk projek akhir saya. Alhamdulilah. Walaupun masih ada yang perlu diperbaiki, tapi sangat-sangat bersyukur kerana segalanya berjalan dengan baik dan lancar..

-awak,, jom kawen!- hahaha SMS pertama untuk si tunang selepas keluar dari bilik pengVIVA semalam!
mesej untuk MA saya, saya tak lupa, tapi bukan minta nak cepat2 kawen hahah hanya sebaris ayat yang bermakna.. -timo kasih ma atas doa ma nga abah, selesai doh- ^_____^

tengok!!!!! Perasaan yang tak boleh digambarkan bila selesainya VIVA tu. Haha. Tu tak selesai final exam lagi tuh! Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan yang pasti mendapat keredhaan NYA. inshaALLAH.





PSM yang belum dijilidkan.. Semoga idea yang dicurahkan sekurang2nya mampu untuk memberi idea yang lebih baik untuk yang lain




Dan sentiasanya saya, saya dan saya...

wasalam.....




Friday, April 27, 2012

Tengok diri sendiri sudaa


ibarat menunding jari ke arah orang lain, tapi 4 jari lagi ke arah diri sendiri!


Friday, April 20, 2012


adakah aku bersedia untuk hari mendatang
adakah aku siap untuk menempuhnya
mampu kah aku??
jawapannya tetap dalam diri aku

Tuhan semoga Kau limpahkan rahmatMu untuk aku
untuk aku gagah dan bersemangat disetiap langkah aku
mencari redha mu disetiap nafasku
mencari ikhlas dalam diri aku



Terkilan... Mungkin

salam.....

Lagi sebulan lebih, sahabat baik saya akan menjejak kaki ke pelamin. Waaa sapa sangka kan?? Sedang-sedang dia menghitung hari bahagia saya, tiba-tiba dia merancang dalam diam! HAIP!!!! hehehe Takpe benda baik. Alhamdulilah. Dia bertunang pun telah membuatkan saya terkejut gaban! Sedangkan majlis bertunang awal MAC lepas pom saya tak dapat hadir, ini pula hari berbahagia awak.. Sori ye nabilah sayam!

Ya, faktor student semesta akhir, saya terpaksa berkejar dengan deadline sampai saya hampir died dibuatnya.  Mintak maaf sangat2. Dan bukan itu sahaja, saya turut terkilan tak dapat hadir  majlis perkahwinan sahabat bakal suami saya juga. Merangkap member kitorang. NGeee Terpaksa lah si dia berseorangan hadir majlis tu. Baju bukan main dah ready. Sekali tak dapat hadir. So sorry. Masa sangat- sangat menghimpit saya. Saya sangatttt ingin hadir sebenarnya. Tapi melihatkan schedule yang bagai mengejar dan saya berlari saya terpaksa berkorban.


18 Mei : Siap artikel & seluruh bab untuk semakan SV
21 Mei : sent artikel kepada penyelaras
28 Mei- 1 Jun : perbentangan PSM 
5 June : salinan draf akhir
6 Jun- 8 Jun : pemberian markah oleh panel
pembetulan sebelum penjilidan
******FINAL XM******
1July : tarikh akhir penyerahan PSM dah setel terjiliD!

Majlis Nabilah 31 Mei (Owhhh saya tengah pucat tanpa darah di depan panel)
Majlis Sahabat si dia: 1 2 Jun (owh saya tengah gilee untuk pembetulan draf akhir)

Ya..... Saya takde pilihan! hukhukhuk.. Mintak maaf semua.. P/s: majlis saya kena datang tau!!!!
 wasalam.....



Thursday, April 19, 2012

Menyepi


 salam....

Sedar tak sedar dah masuk bulan ke 4 dalam tahun 2012.. Dah pertengahan pun, minggu depan dah kira hujung bulan! YA ALLAH cepatnya masa... 

Blog pun lama sangat tak terusik. Ye lah, apa lah sangat blog ini. Ceh! Rupa-rupanya dah hampir 4 bulan lah juga saya tidak melewati dan melawati blog ini.. Sadis! Sibuk woooo... tak terkapai tangan. Bila balik kampung segala alam maya yang ada semestinya tak terusik. Saya takde tenet. Tapi enjoy okek, tanpa sebarang apa-apa hiburan alam maya, hanya lah kami dan kami.

Oya.. 4 bulan yang lepas saya tinggalkan blog ini dengan last paper untuk final. Dan sekarang saya kembali bajet orang tunggu dengan entry baru, dikala dan ketika tengah serabut dan final dan projek-projek yang bagai menikam jantung hati dan paru-paru saya. Sadis bukan!

Dan masih berbaki sebulan untuk saya dan kawan-kawan sekuliah untuk menyiapkan PSM kami. Mohon dipermudahkan AMIN. Dan juga masih berbaki dua bulan sebelum saya meninggalkan dunia yang penuh dengan kenangan manis bersama sahabat-sahabat di UTM.. Sedih....... itu lumrah.

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT ITU DOA SAYA





wasalam.....

Saturday, January 14, 2012

Cuti dan Perancangan


salam....

Dah setel 1 paper, satu lagi bakal muncul, hari Isnin depan tepat jam 12tengahari tamat lah paper untuk sem ini.. Dan.. dan... Petang tu terus chowkitroad  pulang ke rumah. Hah! gile excited nak balik kampung kan??? Rasa macam tak balik kampung langsung je semesta ni.. Kejap sangat kot raya haji hari tu.. And now, cuti start 17hb Jan - 19 Feb. 

Jadi bila dah kat kampung maka pelbagai perancangan la yang ada. HohO.. sonok!


Belum sampai kampung ag. tapi dah siap semua jadual. Biasa la kenduri kendara mana kira masa kan. hoho..
Yang paling excited sekali nak g Balai Islam ambil surat nak kawen OKEK tipu.. @___@ hee~~

Cik tunang awal2 dah booking untuk kursus kawen. Dia kata, senang, time awak cuti nie terus pergi. Kan kan nanti kursus kawen akan jadi lama kan?? Ambil masa 3 4 hari?? Entah-entah seminggu. Bayar pun up la kan! Jadi baik laa wat awal-awal. Jadi awal bulan Februari nanti pergi lerr kursus tu. Tu pun dua hari juga yer. Saya memang tak tahu -_-

Kampung saya jumpa nanti ya... Rindunya semua!!!


wassalam....



Wednesday, January 11, 2012

Eh dah 2012 ek??

salam..


h0h0.. masa berlalu pun saya tak sedar.. bukan langsung tak sedar.. tapi tidak menghayati akan tahun baru.. Mungkin kebizian yang melanda membuatkan kita lupa dan leka. Alhamdulilah dah tahun baru, semangat baru. Tahun 2011 kita tinggalkan dengan penuh pengajaran dan pengertian. Yang baik, kita jadikan teladan untuk hari mendatang, yang buruk kita jadikan sebagai iktibar dan pelajaran untuk tahun yang bakal ditempuhi.

Sekarang minggu peperiksaan dan tinggal 2 paper ja lagi untuk menamatkan semesta 1 di tahun akhir. Semoga dipermudahkan. AMIN...


sekian.. ^__^

Monday, December 12, 2011

Ini Jalanku...


salam....

Hari ni memang hari kalut sedunia bagi budak2 kelas saya..
Sesi pra Pendaftaran untuk semesta depan.. semesta AKHIR untuk kami.. (insyaALLAH semoga dipermudahkan... Amin)


Dan semasa pendaftaran subjek lah perkara yang sangat2 rumit bagi saya...
ye la sistem berkomputer.. mana2 pom macam tu la kan?? bila dah komputer yang menyistemkan dia maka macam2 perkara lah yang terjadi...

Ya... dugaan saya juga sangat mencabar untuk tahun depan.. Semoga saya dipermudahkan segalanya.. itu yang saya harapkan.

Pendaftaran subjek ni mungkin adalah yang TERAKHIR bagi saya sebagai pelajar degree di UTM... (bukan mungkin... PASTI!)
jadi mungkin kita akan merindui kekalutan ini...
bagaimana kita bersama rakan dan sebagainya..
tak dapat subjek yang sama..
dan macam2 lagi...

jadi apa salahnya.. kita menghargai saat-saat terakhir kita sebagai pelajar degree ini dengan berani menghadapi cabaran.. dan tenang hati menerima kejutan.

Betul la orang kata,....
NOK BERJAYA NI BUKE SENE MEK OIII.....
MU KENA BERANI HADAPI RISIKO DAN CABARAN!

Ya,.... saya percaya!
semoga setiap bebanan dan kesusahan kita hari ini akan berguna untuk masa akan datang..
INSYAALLAH!

Saya juga percaya, setiap individu menpunyai cabaran yang tersendiri...
jadi kenapa kita mesti mengeluh???
Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal...
Redha dengan segala dugaan..
berserah kepadaNYA...

Betul.... kita yang mencorakkan hidup kita..
Namun kita jangan lupe DIA lebih mengetahui jalan yang terbaik untuk kita.
Kerana DIA yang menentukan segala-galanya..


Kita sebagai hamba.. Tadahkan tangan.. Meminta dan berdoa lah dengan penuh tawadhuk..
INSYAALLAH...


Semoga aku kuat menghadapi cabaran ini YA ALLAH..
Permudahkan lah jalanku untuk menuju kejayaan..
Dan sempurnakanlah niatku YA ALLAH...
AMIN....


wassalam...