oRang KUat

Sunday, October 16, 2011

Dugaan itu Indah


Salam

Ye dua minggu laptop saya masuk ICU, semua data dalam file habis lesap.. bayangkan gambar2 dokumen yang langsung takde backup. Dah la masa-masa genting dengan assignment yang banyak melambung. HUH hancur hati nie. Gambar adalah kenangan kan?


Tak ape lah... mungkin bukan rezeki saya, dan terpaksa lah melaburkan duit yang dah memang tersedia terhad, untuk laptop ni. Ye, dugaan tu selalu ja ada untuk kita, sama ada nak menguji kita sabar ke tidak. Saya percaya, semua ada cubaan dia tersendiri, saya mungin melalui situasi begini, mana tahu orang diluar sana, situasi yang menduga mereka lagi rumit dan sangat berat.


Sebenarnya dugaan itu indah.... sebab apa saya kata begitu? Sebab, melalui dugaan dan cabaran nie, kita akan belajar satu perkara baru. Ye, kita akan lebih berwaspada, lebih concern, dan yang paling penting belajar menerima kenyataan. Tapi pedih la kan.. Lagi pun, Setiap dugaan yang kita hadapi adalah sedaya semampu kita, DIA tak kan menguji kita untuk perkara yang kita memang tak mampu dan sangat terbeban. SUBAHANA ALLAH!!! Tapi kita selalu mengeluh, marah pada nasib,... sedangkan kita mampu untuk menghadapi masalah tersebut. Cuma memerlukan KESABARAN. Itulah resepi disetiap permasalahan. Mungkin saya tak sekuat seperti mana yang saya cuba sampaikan. Namun saya akan tetap berusaha untuk sentiasa SABAR menempuhi dugaan dan cabaran yang bakal mendatang. INSYAALLAH!


"to be or not to be, that is the quetion.
to be and want to be, that is the answer"


WASSALAM......


Saturday, October 1, 2011

Khasiat Telur


salam.....


Telur.....


Telur nie banyak khasiatnye. Telur kaya dengan protein, lemak, vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium.Yang nak jaga badan, boleh jugak mengamalkan makan telur separuh masak...tapi jangan berlebihan, nanti makin bertambah plak kolestrol dalam badan tu.. huhuhu. Khasiat telur boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak) bukan direbus keras. Putih telur pom banyak khasiatnya, antaranya dapat melegakan kesan melecur atau kulit terbakar dan juga, dapat menghilangkan parut pada muka.


Bagi korang yang memang jaga sangat kulit muka tu, leh la cuba guna masker putih telur ni. YES MURAH DAN BERKESAN, dari korang beli yang masker mahal2 tu kan. "saya save bajet" Kalau yang ada whitehead dan blackhead memang puas hati kalau tengok hasilnya. Tak perlu bimbang kalau nak mencuba, langsung tak bagi kesan negatif kat kulit korang. Ia dapat menghaluskan kulit korang, of cos la kan, dia ada PROTEIN.




Ok, cara nak pakai putih telur tu, senang je, korang gunakan tisu, dan celup ke dalam putih telur, then tampal kat muka. SENANGKAN! Then, korang tunggu la dalam 30minit, or sampai tisu yang mengandungi telur kat muka korang tu jadi kering. Then hasilnya memang malbulosssss!!!! Kulit licin tanpa whitehead dan blackhead. Jangan risau, dia tak membuka liang pori korang, tapi makin mengecilkannya.

SELAMAT MENCUBA!!!!


wasalam.....


I'M THE LUCKY ONE







Ku persembahkan satu cita ku..
Setulus hati hanyalah untukmu
dan ku lakukan semampu aku tuk menyayangimu
hingga kau merasa jadi pujaan ku
meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yg terindah
dan kupastikan..i'm the lucky one..
nikmati cinta lebih dari segalanya....

jiwaku ini yg tak tersentuh
kini terasa sejak bersamammu
berikan hangat hinggaku x mampu berjauh drmu
kerna kau yg bisa buatku bahagia

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya

caramu membuatku x berdaya
hatiku pun ribut terjaga
kau ubah hidupku ini jadi sempurna

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya



Sunday, September 25, 2011

Tanggungjawab



salam...


Hari demi hari, masa demi masa, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat,...

Sebenarnya MASA selalu mengejar kita, sampaikan kita selalu terkejar-kejar dengan masa. YA! masa selalu ada, tapi kita yang selalu membuatkan KETIADAAN MASA. Tak sangka, esok dah nak masuk minggu ke-3 saya berada di UTM sebagai final year student dan juga hampir 3 minggu saya meninggalkan kampung halaman, demi sebekal HARAPAN. Dengan bergalaskan tanggungjawab yang besar dari ibubapa, saya mencari kekuatan di sini (UTM) untuk kuatkan semangat dengan pelbagai dugaan yang SUNGGUH MAHA MENCABAR!



kamu adalah penguat semangatku


Yer, dengan assignment yang tersedia menimbun, dengan proposal PSM yang memerlukan setiap komitmen saya. Itu lah kehidupan seorang pelajar. Ya bukan saya seorang yang melalui saat KRITIKAL ini, anda juga begitukan..? Benarlah kata orang, nak susah bukan susah, tapiiii.... nak senang bukan senang..

Minggu nie, di UTM ada majlis konvokesyen.. YA ALLAH, hepi sangat muka-muka semua. Bergambar dengan saudara mara, menerima banyak-banyak jambangan bunga. InsyaALLAH, tahun hadapan, saya bersama-sama kawan2 juga akan melalui detik terindah tersebut! AMIN... (YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALANYA)
tahniah kepada semua yang bergraduasi..inilah hasil titik peluh kamu.
saya yang menunggu untuk segulung ijazah!

wassalam.,....




Thursday, September 15, 2011

Hacker


salam


Dunia makin canggih, jenayah pom makin canggih... stalker, nak jadi identiti org, saja nak mengila di page orang... Tulah manusia yang sangat2 MENTAL DISORDER....
Malam nie, baru saja beberapa jam yang lalu, facebook saya dijajah oleh manusia yang berbusuk bangkai nie.. Apa yer reason dia mengharu birukan manusia lain??? Adakah lebih sesuai dikatakan GILA??? Atau ada words lain yang lebih sesuai untuk spesis macam ni!


Nak dijadikan cerita, FB saya telah diletakkan status yang BODOH! Mungkin bagi sesetengah Manusia, dia xde lah seLUCAH mana. Namun bagi saya IA SANGAT MELAMPAU!

"nak pakai bra kaler ape ye malam nie?"

Itu adalah ayat bodoh yang terpampang di page saya.. GILE! tengah2 panik, x sempat saya nak printscrint post tersebut untuk dijadikan BUKTI manusia bodoh...

Untuk menenangkan keadaan saya postla kat wall yang mengatakan that not from me.. kena hack.. Yela.. sampai makcik saya pom terkejut, nape saya boleh ber'post' mengarut begitu... Gile pasal DAJAL cam KO, mencemarkan maruah aku. Ko takpe laaa.. xde maruah, kalau org hack mak,adik, kakak ko ke, takpe la kan!



right klik pic untuk tumbesaran

Tengah2 saya duk panik dan tulis status diatas, TIBA2 ORANG MENTAL nie post lagi di FB saya (tengok PIC bawah)... Wei, kalau aku tulis sendiri post tu, for why la aku tulis ayat macam ko tulis kat bawah nie BODOH! By fon lak tu, sepanjang hayat aku guna FB nie, tak pernah ag guna fon.. So, wonder disitu.. macam mana dia bukak?? by my emel n pasword?? org kenal ke?? or what.... Tu la kata, dunia IT nie makin kita kena berjaga2...

right klik untuk tumbesaran

Jadi solutionnya... REMOVE dan BERSIHKAN friendlist...

DAN BERHATI2 JIKA BERKAITAN DENGAN IT..

wasalam..



Monday, September 12, 2011

I'm Coming With the Mission!


halooooo!!!!

Lamanya saya tak mengupdate blog.. macam2 cerita dan isu sudah saya ketinggalan ye...
Hari nie, baru je samapai ke kampus UTM dengan cerita baru, wajah baru dan pastinya dengan semangat baru.. Dalam masa setahun nie perlulah semangat yang kuat untuk menempuh cabaran dan dugaan apabila bergelar FINAL YEAR STUDENT! Bergegar kepala babe! heee



Budop yang membesarkan badannya dirumah sudeee kembali.. ngeh3



Saturday, May 21, 2011

OST NKTM - TANPAMU (Sabhi Saddi & Helena)




citer nie memang puas hati la... saya bagi 10 BINTANG okek! hehe
sedih... romantik.. kekeluargaan.. banyak la moral of story dalam nie.. suggest kan semua kena tengok..heheh

layan!

Sunday, May 15, 2011

Last Day

salam..

Hari nie adalah hari terakhir praktikal saya, jadi selamat lah semuanya. Berharap markah untuk LI nie bagus dan cemerlang.

Amin!

Jadi, saya akan jarang2 mengupdate blog nie, sebab selama nie guna pakai tenet pejabat je. haha,, Mengunakan kemudahan yang disediakanlah orang kata kan??

So, perancangan untuk mengisi masa lapang sementara nak sambung belajar balik bulan 9 nie, keje la kot. Dapat gak la seposen dua kan?? heee

okek babe!

Pada kawan2 tu yang singgah blog nie, tinggalkan la link korang, nanti senang2 saya pergi jalan2 kat tanah korang.

p/s: alaaa dah nak hbs baru member2 comey datang praktikal kat sini..huhu (gudluk korang!)

wassalam...