oRang KUat kitE

tIng t0ng.... welc0me in my waLL

Thursday, May 31, 2012

Selesai Separuh Jalan

 Salam......

 Alhamdulilah... Selesai satu ujian untuk pelajar tahun akhir seperti saya.... Ya.. masa makin menghampiri untuk saya tinggalkan UTM nie. Sambung study??? Mampu ke saya -_- Yang PSM nie pun dah macam terseksa sangat2 dah.. Sayabukanbudakpandai

Semalam -versikelatemarim- Saya selesai membentangkan tajuk projek akhir saya. Alhamdulilah. Walaupun masih ada yang perlu diperbaiki, tapi sangat-sangat bersyukur kerana segalanya berjalan dengan baik dan lancar..

-awak,, jom kawen!- hahaha SMS pertama untuk si tunang selepas keluar dari bilik pengVIVA semalam!
mesej untuk MA saya, saya tak lupa, tapi bukan minta nak cepat2 kawen hahah hanya sebaris ayat yang bermakna.. -timo kasih ma atas doa ma nga abah, selesai doh- ^_____^

tengok!!!!! Perasaan yang tak boleh digambarkan bila selesainya VIVA tu. Haha. Tu tak selesai final exam lagi tuh! Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan yang pasti mendapat keredhaan NYA. inshaALLAH.





PSM yang belum dijilidkan.. Semoga idea yang dicurahkan sekurang2nya mampu untuk memberi idea yang lebih baik untuk yang lain




Dan sentiasanya saya, saya dan saya...

wasalam.....




Friday, April 27, 2012

Tengok diri sendiri sudaa


ibarat menunding jari ke arah orang lain, tapi 4 jari lagi ke arah diri sendiri!


Friday, April 20, 2012


adakah aku bersedia untuk hari mendatang
adakah aku siap untuk menempuhnya
mampu kah aku??
jawapannya tetap dalam diri aku

Tuhan semoga Kau limpahkan rahmatMu untuk aku
untuk aku gagah dan bersemangat disetiap langkah aku
mencari redha mu disetiap nafasku
mencari ikhlas dalam diri aku



Terkilan... Mungkin

salam.....

Lagi sebulan lebih, sahabat baik saya akan menjejak kaki ke pelamin. Waaa sapa sangka kan?? Sedang-sedang dia menghitung hari bahagia saya, tiba-tiba dia merancang dalam diam! HAIP!!!! hehehe Takpe benda baik. Alhamdulilah. Dia bertunang pun telah membuatkan saya terkejut gaban! Sedangkan majlis bertunang awal MAC lepas pom saya tak dapat hadir, ini pula hari berbahagia awak.. Sori ye nabilah sayam!

Ya, faktor student semesta akhir, saya terpaksa berkejar dengan deadline sampai saya hampir died dibuatnya.  Mintak maaf sangat2. Dan bukan itu sahaja, saya turut terkilan tak dapat hadir  majlis perkahwinan sahabat bakal suami saya juga. Merangkap member kitorang. NGeee Terpaksa lah si dia berseorangan hadir majlis tu. Baju bukan main dah ready. Sekali tak dapat hadir. So sorry. Masa sangat- sangat menghimpit saya. Saya sangatttt ingin hadir sebenarnya. Tapi melihatkan schedule yang bagai mengejar dan saya berlari saya terpaksa berkorban.


18 Mei : Siap artikel & seluruh bab untuk semakan SV
21 Mei : sent artikel kepada penyelaras
28 Mei- 1 Jun : perbentangan PSM 
5 June : salinan draf akhir
6 Jun- 8 Jun : pemberian markah oleh panel
pembetulan sebelum penjilidan
******FINAL XM******
1July : tarikh akhir penyerahan PSM dah setel terjiliD!

Majlis Nabilah 31 Mei (Owhhh saya tengah pucat tanpa darah di depan panel)
Majlis Sahabat si dia: 1 2 Jun (owh saya tengah gilee untuk pembetulan draf akhir)

Ya..... Saya takde pilihan! hukhukhuk.. Mintak maaf semua.. P/s: majlis saya kena datang tau!!!!
 wasalam.....



Thursday, April 19, 2012

Menyepi


 salam....

Sedar tak sedar dah masuk bulan ke 4 dalam tahun 2012.. Dah pertengahan pun, minggu depan dah kira hujung bulan! YA ALLAH cepatnya masa... 

Blog pun lama sangat tak terusik. Ye lah, apa lah sangat blog ini. Ceh! Rupa-rupanya dah hampir 4 bulan lah juga saya tidak melewati dan melawati blog ini.. Sadis! Sibuk woooo... tak terkapai tangan. Bila balik kampung segala alam maya yang ada semestinya tak terusik. Saya takde tenet. Tapi enjoy okek, tanpa sebarang apa-apa hiburan alam maya, hanya lah kami dan kami.

Oya.. 4 bulan yang lepas saya tinggalkan blog ini dengan last paper untuk final. Dan sekarang saya kembali bajet orang tunggu dengan entry baru, dikala dan ketika tengah serabut dan final dan projek-projek yang bagai menikam jantung hati dan paru-paru saya. Sadis bukan!

Dan masih berbaki sebulan untuk saya dan kawan-kawan sekuliah untuk menyiapkan PSM kami. Mohon dipermudahkan AMIN. Dan juga masih berbaki dua bulan sebelum saya meninggalkan dunia yang penuh dengan kenangan manis bersama sahabat-sahabat di UTM.. Sedih....... itu lumrah.

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT ITU DOA SAYA





wasalam.....

Saturday, January 14, 2012

Cuti dan Perancangan


salam....

Dah setel 1 paper, satu lagi bakal muncul, hari Isnin depan tepat jam 12tengahari tamat lah paper untuk sem ini.. Dan.. dan... Petang tu terus chowkitroad  pulang ke rumah. Hah! gile excited nak balik kampung kan??? Rasa macam tak balik kampung langsung je semesta ni.. Kejap sangat kot raya haji hari tu.. And now, cuti start 17hb Jan - 19 Feb. 

Jadi bila dah kat kampung maka pelbagai perancangan la yang ada. HohO.. sonok!


Belum sampai kampung ag. tapi dah siap semua jadual. Biasa la kenduri kendara mana kira masa kan. hoho..
Yang paling excited sekali nak g Balai Islam ambil surat nak kawen OKEK tipu.. @___@ hee~~

Cik tunang awal2 dah booking untuk kursus kawen. Dia kata, senang, time awak cuti nie terus pergi. Kan kan nanti kursus kawen akan jadi lama kan?? Ambil masa 3 4 hari?? Entah-entah seminggu. Bayar pun up la kan! Jadi baik laa wat awal-awal. Jadi awal bulan Februari nanti pergi lerr kursus tu. Tu pun dua hari juga yer. Saya memang tak tahu -_-

Kampung saya jumpa nanti ya... Rindunya semua!!!


wassalam....



Wednesday, January 11, 2012

Eh dah 2012 ek??

salam..


h0h0.. masa berlalu pun saya tak sedar.. bukan langsung tak sedar.. tapi tidak menghayati akan tahun baru.. Mungkin kebizian yang melanda membuatkan kita lupa dan leka. Alhamdulilah dah tahun baru, semangat baru. Tahun 2011 kita tinggalkan dengan penuh pengajaran dan pengertian. Yang baik, kita jadikan teladan untuk hari mendatang, yang buruk kita jadikan sebagai iktibar dan pelajaran untuk tahun yang bakal ditempuhi.

Sekarang minggu peperiksaan dan tinggal 2 paper ja lagi untuk menamatkan semesta 1 di tahun akhir. Semoga dipermudahkan. AMIN...


sekian.. ^__^

Monday, December 12, 2011

Ini Jalanku...


salam....

Hari ni memang hari kalut sedunia bagi budak2 kelas saya..
Sesi pra Pendaftaran untuk semesta depan.. semesta AKHIR untuk kami.. (insyaALLAH semoga dipermudahkan... Amin)


Dan semasa pendaftaran subjek lah perkara yang sangat2 rumit bagi saya...
ye la sistem berkomputer.. mana2 pom macam tu la kan?? bila dah komputer yang menyistemkan dia maka macam2 perkara lah yang terjadi...

Ya... dugaan saya juga sangat mencabar untuk tahun depan.. Semoga saya dipermudahkan segalanya.. itu yang saya harapkan.

Pendaftaran subjek ni mungkin adalah yang TERAKHIR bagi saya sebagai pelajar degree di UTM... (bukan mungkin... PASTI!)
jadi mungkin kita akan merindui kekalutan ini...
bagaimana kita bersama rakan dan sebagainya..
tak dapat subjek yang sama..
dan macam2 lagi...

jadi apa salahnya.. kita menghargai saat-saat terakhir kita sebagai pelajar degree ini dengan berani menghadapi cabaran.. dan tenang hati menerima kejutan.

Betul la orang kata,....
NOK BERJAYA NI BUKE SENE MEK OIII.....
MU KENA BERANI HADAPI RISIKO DAN CABARAN!

Ya,.... saya percaya!
semoga setiap bebanan dan kesusahan kita hari ini akan berguna untuk masa akan datang..
INSYAALLAH!

Saya juga percaya, setiap individu menpunyai cabaran yang tersendiri...
jadi kenapa kita mesti mengeluh???
Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal...
Redha dengan segala dugaan..
berserah kepadaNYA...

Betul.... kita yang mencorakkan hidup kita..
Namun kita jangan lupe DIA lebih mengetahui jalan yang terbaik untuk kita.
Kerana DIA yang menentukan segala-galanya..


Kita sebagai hamba.. Tadahkan tangan.. Meminta dan berdoa lah dengan penuh tawadhuk..
INSYAALLAH...


Semoga aku kuat menghadapi cabaran ini YA ALLAH..
Permudahkan lah jalanku untuk menuju kejayaan..
Dan sempurnakanlah niatku YA ALLAH...
AMIN....


wassalam...