oRang KUat

Monday, December 12, 2011

Ini Jalanku...


salam....

Hari ni memang hari kalut sedunia bagi budak2 kelas saya..
Sesi pra Pendaftaran untuk semesta depan.. semesta AKHIR untuk kami.. (insyaALLAH semoga dipermudahkan... Amin)


Dan semasa pendaftaran subjek lah perkara yang sangat2 rumit bagi saya...
ye la sistem berkomputer.. mana2 pom macam tu la kan?? bila dah komputer yang menyistemkan dia maka macam2 perkara lah yang terjadi...

Ya... dugaan saya juga sangat mencabar untuk tahun depan.. Semoga saya dipermudahkan segalanya.. itu yang saya harapkan.

Pendaftaran subjek ni mungkin adalah yang TERAKHIR bagi saya sebagai pelajar degree di UTM... (bukan mungkin... PASTI!)
jadi mungkin kita akan merindui kekalutan ini...
bagaimana kita bersama rakan dan sebagainya..
tak dapat subjek yang sama..
dan macam2 lagi...

jadi apa salahnya.. kita menghargai saat-saat terakhir kita sebagai pelajar degree ini dengan berani menghadapi cabaran.. dan tenang hati menerima kejutan.

Betul la orang kata,....
NOK BERJAYA NI BUKE SENE MEK OIII.....
MU KENA BERANI HADAPI RISIKO DAN CABARAN!

Ya,.... saya percaya!
semoga setiap bebanan dan kesusahan kita hari ini akan berguna untuk masa akan datang..
INSYAALLAH!

Saya juga percaya, setiap individu menpunyai cabaran yang tersendiri...
jadi kenapa kita mesti mengeluh???
Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal...
Redha dengan segala dugaan..
berserah kepadaNYA...

Betul.... kita yang mencorakkan hidup kita..
Namun kita jangan lupe DIA lebih mengetahui jalan yang terbaik untuk kita.
Kerana DIA yang menentukan segala-galanya..


Kita sebagai hamba.. Tadahkan tangan.. Meminta dan berdoa lah dengan penuh tawadhuk..
INSYAALLAH...


Semoga aku kuat menghadapi cabaran ini YA ALLAH..
Permudahkan lah jalanku untuk menuju kejayaan..
Dan sempurnakanlah niatku YA ALLAH...
AMIN....


wassalam...


Thursday, December 8, 2011

Student!!!




Assignment itu lirik aku,
Test itu uji bakat aku,
Exam itu hidup aku,
Pen itu Jari Aku
Buku itu kitab aku,
Pendrive itu penyambung aku,
Journal itu novel aku,
Laptop itu TV aku,

PSM itu karya aku..

kerana......
akulah pelajar
engkau lal pengajar....

T______T (big smile**)

p/s: penat sangat!!!! sigh!



Wednesday, December 7, 2011

Mungkin Aku........




Mungkin aku tak seindah lagu,
Tapi aku cuba menjadi terindah untukmu.

Mungkin aku tak secantik pelangi,
Tapi aku mampu tercantik dihatimu.


Mungkin aku tak sesopan itu,
Tapi aku cuba yang terbaik untukmu.

Mungkin aku tak sekuat kataku,
Tapi hatiku
 teguh untukmu.

Kerna aku adalah aku....
Yang kau kenal dulu.
 



Thursday, December 1, 2011

LOving



CINTA TAK KEJAM,
TAPI MANUSIA YANG TAK PANDAI MENGHARGAI CINTA

- izzah



p/s: jom tgk wayang.... heee



Sunday, November 27, 2011

Candid Time Contest by MUNA RAHIMAH


halooo...
sarangeee


ok setelah di jemput oleh sepupu sendiri untuk menjoinkan
diri dalam contest nie...
saya pom dengan rela hati mencari pikca2 yang candid2 nie..
nasib baik ada yang latest punye..


ok2 mula2 introduction dulu about this contest...


tuan punya contest nie nama dia cik MUNA RAHIMAH..
klik nama dia untuk maklumat yang lebih lanjut...

TADDDAAAAAA!!!

nie dia pikcanya... nama pom candidkan?? heee


k pikca nie diambil masa 1 day before raya haji yang lepas..
tengah sibuk2 mencari barang2 persiapan pertunangan.. tu tengah calling2 my ma la...
tanya barang2 pe lagi...
Si tunangan plak sibuk nga kamera dia.. snap sana snap sini..
so saya lah mangsanya...
hahah


PEACE........

Sekian..
tag person: zatil my comel! dan ecah ^____^



Monday, November 21, 2011

Owh im IN LOVE






Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
Tuk bersama selamanya
Kita berdua..

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu..

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti..

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu..

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti..

Meraihmu…menggapaimu

Kuberjanji karna cintaku
Karna cinta..
Kuberharap karna kasihmu
Karna kasih..
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti..
Pernah berpisah..

Monday, November 14, 2011

Sejarah Hidupku_07112011 bersamaan 11 zulhijah 1432H




alhamdulilah.....
akhirnya berkesempatan untuk mengupdate blog yang dah lama sangat tak diambil berat.....

al-maklum lah.. kebizian sangat-sangat melanda diri ini....

Ya sempena AidilAdha yang lalu..(baru je seminggu meningalkan kita).. telah melakarkan sejarah dalam diri saya,...

bersamaan dengan 11 zulhijjah (raya ke-2)
saya dan si kekasih hati selamat diikat dengan ikatan pertunangan yang dihadiri hanya keluarga terdekat....
private and cofindential.. heee
lagipom majlis berlangsung dengan persiapan yang sederhana.
Tapi alhamdulilah... berjalan dengan lancar atas berkat doa kedua pihak orang tua dan saudara mara...

SYUKUR....













I LOVE U MOM!!!! TQ SO MUCH


ABAH,MA,SAYA,BAKAL SUAMI,UMI,ABAH



doakan kami bahagia dan dapat mengecapi impian kami berdua...
AMIN......





Tuesday, November 1, 2011

Adeh.. sakit mata gua!



wot wot!!! apakah jenis folower saya nie... dari mana dtg pelik3 nie...
kotor serta merta blog saya... adeh.. tgh usaha untuk membuang.... dah la fail bab2 nie....

adeh!!! camna nak delete follower... SAKIT MATA WOOO... kotor3
x reti la nak remove.. Sape tahu tlg la bgitau ye...

k.. sapa nak follow, kotak dia. bawahhhhh sekali.. hee...





Saturday, October 29, 2011

Satu Perjanjian


Salam...

Makin hari makin kekurangan masa untuk mengupdate entri3 yang menarik (walhal tak pernah menarik pom).


gambar hiasan _ihsan google

Malam nie, saya nak cite pasal berkaitan dengan sebuah perjanjian. Dalam hidup kita, takkan pernah lari dari mewujudkan sebuah perjanjian. Sama ada janji benar, janji palsu, janji ikhlas.. ataupun sebagainya yang sama erti dengannya!

Ya... tak sabar untuk pulang kekampung.(3hb November). Itu perjanjian saya dengan keluarga. Dan juga, tak sabar untuk menunggu perjanjian yang bakal saya tempuhi. Ya.... Berdebar, Tak sabar, Gementar, Takut, Gembira... itulah yang saya dapat gambarkan emosi saya berkaitan dengan perjanjian tersebut. Saya berdoa dan memohon petunjuk dari ilahi, agar sebuah perjanjian yang bakal berlangsung itu akan termeterai dan sempurna dengan RAHMAT dari-NYA. INSYAALLAH....

Mungkin tergesa-gesa. Namun mungkin inilah masa dan waktu saya.

Percaya pada janji ALLAH, apa jua yang DIA takdirkan adalah yang terbaik buat hamba-NYA

wassalam....



Friday, October 21, 2011

Sunday, October 16, 2011

......





i need to lose my weight!!!!!










Dugaan itu Indah


Salam

Ye dua minggu laptop saya masuk ICU, semua data dalam file habis lesap.. bayangkan gambar2 dokumen yang langsung takde backup. Dah la masa-masa genting dengan assignment yang banyak melambung. HUH hancur hati nie. Gambar adalah kenangan kan?


Tak ape lah... mungkin bukan rezeki saya, dan terpaksa lah melaburkan duit yang dah memang tersedia terhad, untuk laptop ni. Ye, dugaan tu selalu ja ada untuk kita, sama ada nak menguji kita sabar ke tidak. Saya percaya, semua ada cubaan dia tersendiri, saya mungin melalui situasi begini, mana tahu orang diluar sana, situasi yang menduga mereka lagi rumit dan sangat berat.


Sebenarnya dugaan itu indah.... sebab apa saya kata begitu? Sebab, melalui dugaan dan cabaran nie, kita akan belajar satu perkara baru. Ye, kita akan lebih berwaspada, lebih concern, dan yang paling penting belajar menerima kenyataan. Tapi pedih la kan.. Lagi pun, Setiap dugaan yang kita hadapi adalah sedaya semampu kita, DIA tak kan menguji kita untuk perkara yang kita memang tak mampu dan sangat terbeban. SUBAHANA ALLAH!!! Tapi kita selalu mengeluh, marah pada nasib,... sedangkan kita mampu untuk menghadapi masalah tersebut. Cuma memerlukan KESABARAN. Itulah resepi disetiap permasalahan. Mungkin saya tak sekuat seperti mana yang saya cuba sampaikan. Namun saya akan tetap berusaha untuk sentiasa SABAR menempuhi dugaan dan cabaran yang bakal mendatang. INSYAALLAH!


"to be or not to be, that is the quetion.
to be and want to be, that is the answer"


WASSALAM......


Saturday, October 1, 2011

Khasiat Telur


salam.....


Telur.....


Telur nie banyak khasiatnye. Telur kaya dengan protein, lemak, vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium.Yang nak jaga badan, boleh jugak mengamalkan makan telur separuh masak...tapi jangan berlebihan, nanti makin bertambah plak kolestrol dalam badan tu.. huhuhu. Khasiat telur boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak) bukan direbus keras. Putih telur pom banyak khasiatnya, antaranya dapat melegakan kesan melecur atau kulit terbakar dan juga, dapat menghilangkan parut pada muka.


Bagi korang yang memang jaga sangat kulit muka tu, leh la cuba guna masker putih telur ni. YES MURAH DAN BERKESAN, dari korang beli yang masker mahal2 tu kan. "saya save bajet" Kalau yang ada whitehead dan blackhead memang puas hati kalau tengok hasilnya. Tak perlu bimbang kalau nak mencuba, langsung tak bagi kesan negatif kat kulit korang. Ia dapat menghaluskan kulit korang, of cos la kan, dia ada PROTEIN.




Ok, cara nak pakai putih telur tu, senang je, korang gunakan tisu, dan celup ke dalam putih telur, then tampal kat muka. SENANGKAN! Then, korang tunggu la dalam 30minit, or sampai tisu yang mengandungi telur kat muka korang tu jadi kering. Then hasilnya memang malbulosssss!!!! Kulit licin tanpa whitehead dan blackhead. Jangan risau, dia tak membuka liang pori korang, tapi makin mengecilkannya.

SELAMAT MENCUBA!!!!


wasalam.....


I'M THE LUCKY ONE







Ku persembahkan satu cita ku..
Setulus hati hanyalah untukmu
dan ku lakukan semampu aku tuk menyayangimu
hingga kau merasa jadi pujaan ku
meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yg terindah
dan kupastikan..i'm the lucky one..
nikmati cinta lebih dari segalanya....

jiwaku ini yg tak tersentuh
kini terasa sejak bersamammu
berikan hangat hinggaku x mampu berjauh drmu
kerna kau yg bisa buatku bahagia

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya

caramu membuatku x berdaya
hatiku pun ribut terjaga
kau ubah hidupku ini jadi sempurna

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya



Sunday, September 25, 2011

Tanggungjawab



salam...


Hari demi hari, masa demi masa, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat,...

Sebenarnya MASA selalu mengejar kita, sampaikan kita selalu terkejar-kejar dengan masa. YA! masa selalu ada, tapi kita yang selalu membuatkan KETIADAAN MASA. Tak sangka, esok dah nak masuk minggu ke-3 saya berada di UTM sebagai final year student dan juga hampir 3 minggu saya meninggalkan kampung halaman, demi sebekal HARAPAN. Dengan bergalaskan tanggungjawab yang besar dari ibubapa, saya mencari kekuatan di sini (UTM) untuk kuatkan semangat dengan pelbagai dugaan yang SUNGGUH MAHA MENCABAR!



kamu adalah penguat semangatku


Yer, dengan assignment yang tersedia menimbun, dengan proposal PSM yang memerlukan setiap komitmen saya. Itu lah kehidupan seorang pelajar. Ya bukan saya seorang yang melalui saat KRITIKAL ini, anda juga begitukan..? Benarlah kata orang, nak susah bukan susah, tapiiii.... nak senang bukan senang..

Minggu nie, di UTM ada majlis konvokesyen.. YA ALLAH, hepi sangat muka-muka semua. Bergambar dengan saudara mara, menerima banyak-banyak jambangan bunga. InsyaALLAH, tahun hadapan, saya bersama-sama kawan2 juga akan melalui detik terindah tersebut! AMIN... (YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALANYA)
tahniah kepada semua yang bergraduasi..inilah hasil titik peluh kamu.
saya yang menunggu untuk segulung ijazah!

wassalam.,....




Thursday, September 15, 2011

Hacker


salam


Dunia makin canggih, jenayah pom makin canggih... stalker, nak jadi identiti org, saja nak mengila di page orang... Tulah manusia yang sangat2 MENTAL DISORDER....
Malam nie, baru saja beberapa jam yang lalu, facebook saya dijajah oleh manusia yang berbusuk bangkai nie.. Apa yer reason dia mengharu birukan manusia lain??? Adakah lebih sesuai dikatakan GILA??? Atau ada words lain yang lebih sesuai untuk spesis macam ni!


Nak dijadikan cerita, FB saya telah diletakkan status yang BODOH! Mungkin bagi sesetengah Manusia, dia xde lah seLUCAH mana. Namun bagi saya IA SANGAT MELAMPAU!

"nak pakai bra kaler ape ye malam nie?"

Itu adalah ayat bodoh yang terpampang di page saya.. GILE! tengah2 panik, x sempat saya nak printscrint post tersebut untuk dijadikan BUKTI manusia bodoh...

Untuk menenangkan keadaan saya postla kat wall yang mengatakan that not from me.. kena hack.. Yela.. sampai makcik saya pom terkejut, nape saya boleh ber'post' mengarut begitu... Gile pasal DAJAL cam KO, mencemarkan maruah aku. Ko takpe laaa.. xde maruah, kalau org hack mak,adik, kakak ko ke, takpe la kan!



right klik pic untuk tumbesaran

Tengah2 saya duk panik dan tulis status diatas, TIBA2 ORANG MENTAL nie post lagi di FB saya (tengok PIC bawah)... Wei, kalau aku tulis sendiri post tu, for why la aku tulis ayat macam ko tulis kat bawah nie BODOH! By fon lak tu, sepanjang hayat aku guna FB nie, tak pernah ag guna fon.. So, wonder disitu.. macam mana dia bukak?? by my emel n pasword?? org kenal ke?? or what.... Tu la kata, dunia IT nie makin kita kena berjaga2...

right klik untuk tumbesaran

Jadi solutionnya... REMOVE dan BERSIHKAN friendlist...

DAN BERHATI2 JIKA BERKAITAN DENGAN IT..

wasalam..



Monday, September 12, 2011

I'm Coming With the Mission!


halooooo!!!!

Lamanya saya tak mengupdate blog.. macam2 cerita dan isu sudah saya ketinggalan ye...
Hari nie, baru je samapai ke kampus UTM dengan cerita baru, wajah baru dan pastinya dengan semangat baru.. Dalam masa setahun nie perlulah semangat yang kuat untuk menempuh cabaran dan dugaan apabila bergelar FINAL YEAR STUDENT! Bergegar kepala babe! heee



Budop yang membesarkan badannya dirumah sudeee kembali.. ngeh3



Saturday, May 21, 2011

OST NKTM - TANPAMU (Sabhi Saddi & Helena)




citer nie memang puas hati la... saya bagi 10 BINTANG okek! hehe
sedih... romantik.. kekeluargaan.. banyak la moral of story dalam nie.. suggest kan semua kena tengok..heheh

layan!

Sunday, May 15, 2011

Last Day

salam..

Hari nie adalah hari terakhir praktikal saya, jadi selamat lah semuanya. Berharap markah untuk LI nie bagus dan cemerlang.

Amin!

Jadi, saya akan jarang2 mengupdate blog nie, sebab selama nie guna pakai tenet pejabat je. haha,, Mengunakan kemudahan yang disediakanlah orang kata kan??

So, perancangan untuk mengisi masa lapang sementara nak sambung belajar balik bulan 9 nie, keje la kot. Dapat gak la seposen dua kan?? heee

okek babe!

Pada kawan2 tu yang singgah blog nie, tinggalkan la link korang, nanti senang2 saya pergi jalan2 kat tanah korang.

p/s: alaaa dah nak hbs baru member2 comey datang praktikal kat sini..huhu (gudluk korang!)

wassalam...


Wednesday, May 11, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

salam


Tanggal 16 Mei tiap2 tahun kita akan ada sambutan HARI GURU kan? Saya merindui giler time belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tiap-tiap tahun kita sambut ramai-ramai, sambil nyanyi lagu HARI GURU tu kan! Main game dengan guru-guru semua. Memang FUN!!

So, disini saya nak UCAPKAN

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA CIKGU-CIKGU
JASAMU TAK TERBALAS!


Engkau bukan ibuku,
Engkau juga bukan ayahku,
Tapi engkau Tetap mendidik aku,
Memberi ilmu untuk aku,

Mungkin Engkau penat melayan kerenah kami,
Tapi engkau tetap disitu,
Kami tidak pandai membaca,
Engkau jadikan kami pandai mengeja,
Kami tidak pandai mengira,
Kau jadikan kami pandai membilang,

Engkau tetap di situ...
Memberi dan terus memberi......

Melalui didikanmu,
Kini aku dipuncak, mengenggam satu amanah!
Mungkin tanpamu, aku tidak akan sampai ke sini..
Melaluimu, aku mendaki puncak..

Terima kasih Cikgu..
Jasamu tak terbalas.
Penatmu, tidak berkeringat,
Usahamu tidak terbatas.


wassalam...


Menghargai dan Dihargai

Salam....

Sedar tak sedar, saya dah nak habis praktikal!! YEPIII
sekarang pom datang opis just memenuhi hari2 terakhir as a worker..hehe
no LOGBOOK, no ASSIGNMENT...

Disebabkan keja tanpa gaji, sampai saya terpikir nak jadi SURI RUMAH tangga ja sepenuh masa... hahaha ***pelempang sebijik*** belajar di bangunan tinggi2 nak jadi tu ja...??

OKEK! Tu sebab dah kerja takde gaji.. cuba ko bagi je gaji RM3000+++ tiap2 bulan.. mahunya saya nie taknak Keje... huahauhua. Berbalik kepada tajuk entry kali ni.. MENGHARGAI DAN DIHARGAI.. urm Kita as the human yang ada hati, perasaan, jiwa ni, dah tentu la nak DIHARGAI orang ramai kan??? Tapi Sebelum kita Dihargai tu, kita perlulah MENGHARGAI orang juga.

Sebab ape?? Dengan rasa saling memberi gitu, bak kata orang "take and give" barulah adil kita hidup bermasyarakat. Ingat kita hidup BERMASYARAKAT, bukannya kita hidup sorang-sorang kita. Sejak saya merasai alam kerja nie, saya banyak belajar pelbagai benda. Di situasi ini lah pentingnya KERJASAMA! kata wonderpet "Ape yang penting?? Kerjasama!". Tanpa sikap kerjasama nie, macam-macam hal akan timbul. Ye la, kita bekerja bukan hanya dengan golongan sebaya kita, kita kerja dengan makcik standard mak kita, dengan pakcik standard ayah kita,macam-macam lah! So macam-macam la perangai dan ragam yang wujud. Disinilah bergunanya pepatah melayu " masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum".







Salah faham pom senang je berlaku bila kita hidup dalam organisasi nie, ada ketua nak ikut angin dia.. Ada yang tak ketua pom nak jugak jadi ketua. So, masalah la kan?? Jika kita jadi ketua sekalipom, kita perlu memahami anak2 buah kita, baru la orang hormat kita. Betul tak? Jangan plak nanti kata " Eh, saya pegawai, suka hati saya la." hahaah.. bagi saya pegawai tu kurang ilmu bila dia berkata begitu.. Macam RIAK!

Jadi saya hadapi semua pengalaman nie dengan SENYUMAN macam gambar kat atas tu. haha. Sebagai pengajaran dan pedoman untuk saya esok2 hari bila kerja. Saya kalau jadi BOS saya nak lindungi orang bawahan saya. Baru orang bawah kita suka, selalu doakan kita, kita juga untung.. MURAH REZEKI. Tak rugi derrr!!!





P/s: Jangan kita tunjukkan perangai yang tak perlu dicontohi kepada staf kita. Bila saya marah! saya celik mata macam nie.. takut kan?? hahaah

wassalam


Tuesday, May 10, 2011

HELP ME!! Kenapa Jadi Macam nie??

Salam...



H0h0.. kompius kompius den!!
Asal bila bukak DASHBOARD dia tak keluar entry latest blog yang kita follow... susah la nak BlogWalking kalau macam nie..huhu




Nape ek korang?? Ke saya ada ketinggalan??
huhuhu,, bantu saya yer? huhu

Monday, May 9, 2011

Hantaran Saya RM20,000 Tunai!!

Salam!

Hah! terkejut dengan tajuk entri kali nie???
Sabar,.. sabar dulu.. Saya bukanlah setamak itu untuk menentukan mas kawen dan hantaran saya.

Apa yang saya nak bncangkan disini adalah metaliti orang kita dan trend zaman sekarang.

Ok, mula2 saya nak utarakan satu persoalan:

Perlu tak duit hantaran dan mas kawen tu?? YES MEMANG PERLU...

(Yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.)

Bagi pendapat saya, duit hantaran tu macam hadiah dari suami untuk isteri selepas si PEREMPUAN sudi untuk menerima si LELAKI menjadi sebahagian daripada hidupnya dan seorang yang mampu melindunginya. Sebenarnya, jika dikatakan hadiah dari suami, ia adalah sebuah harga yang tidak ternilai, malahan kita tidak boleh mengira kasih dan cinta seorang SUAMI itu.

Namun metaliti kita selalu silap, kita menjadikan sebuah perkahwinan yang suci ini, sebagai satu beban yang perlu dan terpaksa kita tanggung.

SITUASI 1

"Alamak, saya tak cukup duit lagi la nak kawen. Hantaran mahal sangat, dia kan budak MASTER. Mahal la."

Ayat seperti diatas macam kita wanita nie bahan perdagangan, di jual beli. Islam tidak merumitkan umatnya, Islam agama yang mudah berdasarkan nas2 yang betul.


contoh perbelanjaan perkahwinan


SITUASI 2

M: "Eh, anak kak limah tu hantaran dia berapa yer? Ko ada dengar?"
N: " Eh, kalau tak silap aku dalam RM3,000 ja."
M: "RM3,000 ja?? Dah di tebuk orang ke?? lelaki keje ape?
N:" bla bla bla"

Itulah keadaan semasa sekarang.. Betul tak?? Korang setuju tak?

Sebenarnya, semakin rendah mas kawen dan hantaran itu adalah yang terbaik keadaan.
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.




Jadi kesimpulannya, kalau nak ikut pandangan orang ramai dan masyarakat sekeliling, korang kena kumpul la duit beribu raban2 lagi.. Paling senang korang pinjam LOAN, bila dah beranak, pinjaman pom belum habis bayar lagi.. Pastu bergaduh, belanja tak cukup.. Semua simpanan habis untuk kenduri kawin..

BERBALOI TAK?

Jadi sama2lah kita renung2kan.. selamat beramal.

p/s: Apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat semata2. Kalau korang ada RM10 pom, Korang mampu ja akad nikah.. Tapi perlu diingatkan juga, kehidupan kita selepas BERNIKAH memerlukan duit. Dari 1 kita jadi 2, dari 2 mungkin akan jadi 3, 4,5, bla bla bla.....

wassalam...


Sunday, May 8, 2011

IBU... IBU.. IBU..

Salam...


Ibu..

Adalah insan yang paling hampir dengan kita kan?? Betapa besar sangat budi dan jasa ibunda kita curahkan kat kita.. cuba kita ingat,.. masa kita kecik ibu sanggup bangun semata2 tak nak kita kena gigit semut.. walhal bila kita besar pom, demam je ibu sanggup bangun malam untuk pastikan kita makan ubat.. kita sebagai anak apa jasa kita kepada ibu kita?




Saya pernah bertanya dan bercerita dengan ma saya..



Saya: ma, nanti along besar kea, along jaga la semua family kita, along kea anak sulung.. ma kan?? Ma doa along berjaya la….


Ma: ma doa sokmo anak2 ma Berjaya dunia akhirat.. ma tak mintak pom anak2 ma balas jasa ma,, janji anak2 ma ingat ma bila Berjaya esok..


Sebak tak terkata saya… jenis saya, saya susah sangat nak kata “ma along saye ma” padahal saya sayang sangat ma saya.. bila saya nak ucap sayang, saya sanggup mesej ja la.. bila saya bagitau direct, automatik saya akan menangis.. huhuhu..



wanita cantik yang saya miliki.. I LOVE YOU



Ma saya adalah wonderful women bagi saya.. Dia yang membesarkan saya, mendidik saya.. Saya sangat kagum dengan ma saya, walaupun dia bekerja, dia akan pastikan sarapan akan terhidang di meja awal2 pagi lagi..



Kadang2 walaupun sikit makanan yang ma masak, saya tetap makan..bagi saya dengan cara tu, saya dapat menghargai penat lelah dia memasak pagi2 untuk kami sekeluarga. Malahan bila malam pula, ma saya tetap tak terasa penat, dia tetap menjalankan aktiviti mengemas dan memasak untuk kami sekeluarga. Membantu abah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Betapa besarnya jasa ma kepada kami sekeluarga.



Sebenarnya takde kata pom yang dapat mengungkapkan betapa kasih dan cintanya kita kepada ibu kita. Mungkin kadang2 ibu kita ada melakukan kesilapan, dia tetap ibu kita.. yang jelas, setiap manusia akan melakukan kesalahan, tidak terkecuali ibu kita. Namun ibu adalah insane yang kita perlu hormati, kasih dan cinta. ibu yang melahirkan kita, yang sangup bersusah payah untuk kita, mencari rezeki untuk dimakan, dibelanja..

Ma.. along sayang ma sangat2, mungkin sekarang along tak mampu nak bagi gapo2 kat ma, namun along akan sentiasa doakan ma sentiasa di rahmati Allah, bahagia nga kuarga kita, dan panjang umur.. along tak leh bayang kalau ma takde disisi along.. I LOVE U MA







Teringat lirik lagu 1 2 3 4 aris ariwatan…

Ibu, ku ingat dahulu, menyisir rambutku kemas selalu..
Ayah , menghantar ke sekolah, bergunalah ilmu bila dewasa…



(Dari Abu Hurairah radiyallahu’anhu,
“Datang seseorang menemui Rasulullah S.A.W. Dia bertanya, “ Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?” Baginda S.A.W menjawab. “IBUMU” “kemudian siapa?” “IBUMU.” “kemudian setelahnya siapa?” “IBUMU.” Untuk kali berikutnya orang itu bertanya, “lalu siapa?” “AYAHMU.” Jawab Baginda S.A.W)




Wassalam....





Giveaway by Lulu-Pages and Dyahaha's Little Cottage

salam!!!



ok join giveaway cik lulu..


di tag oleh cik zatil...TQ


so saya tag sume kawan2 saya ye..jgn malu2 nak join..KLIK




wassalam....

Thursday, May 5, 2011

Suasana 2



rintik- rintik si hujan renyai,
banyak lagi si air sungai,
rintik-rinti peluh didahi,
menanti waktu hendak bersurai.


makan-makan dimeja sana,
makan bersama pegawai ceria,
kalau la kita sentiasa bersederhana,
tentulahkah hidup ceria sentiasa.


menaip menulis tugas diberi,
dimeja hujung dia terletak,
janganlah kita selalu iri hati,
nanti hidup kita tak berkat!


saya bukanlah pengarang pantun,
cuma terlatih bermain kata,
ilmu dicari dengan tersusun,
agar hidup berkat sekata.

wassalam...



Selesai Satu Amanah



salam!!!

Selalu je blogwalking, tapi tak sempat nak menulis2... Saya baru je selesai menghantar tugasan dan dah selesai presentation...

Alhamdulilah... semuanya berjalan lancar dan dah selesai... walaupun terdapat la anasir2 yang memayahkan keadaan... Biasa la tu... Malahan saya sangat "beruntung", SV saya sangat2.... (huhu tak dapat diungkapkan dengan kata) LOL!! tsk

Dan saya juga sangat beruntung sebab our lecture Pm Zul sangat supportive terhadap saya walaupun saya macam nak pengsan dah kat depan dorang.. tambahan dengan kawan2 saya atikah, pokka, mirul, and abe din yang sangat memberi semangat kepada saya... TQ uALL..

Jadi sekarang saya cuma perlu menghitung hari untuk menamatkan khidmat saya di SINI sebagai Pelatih. (dalam 7 hari lagi..huhu)

Jadi sekarang saya tak perlu nak pikir2 pasal asingment dan benda yang menyerabutkan kepala.. just be myself as a worker dan tolong staf kat sini... Tambahan plak sekarang saya dah join untuk bahagian lain.. kat bahagian nie.. MEMANG BEST!! sume cool je... sporting n menganggap saya sebahagian pekerja diorang.. TAK KONDEM la...
SAYA SELESA DIBAHAGIAN INI


Ok la dulu for this time ... tadaa

wassalam...


Tuesday, April 26, 2011

Kami Bersama


salam....


last weekend kitorang g jalan2 pantai...


kebetulan pergi antar adik lelaki saya ke asrama dia kat MRSM Tumpat,


so after drop n lepak2 nga dia kat sekolah dia. Kitorang yang dalam keta nie pom plan la nak g lepak2 dekat Pantai Tujuh.. dah dekat sangat kan.. so amek la kesempatan tu



Lagi pom elok la amek angin musim2 panas nie kan??



Bila dah lepak2 tu, opkos ada la pikcanya kan..







hah! time nie cameraman panjat pokok ru ke? hahaah JOKE!







ok.. gaya seorang kakak yang mithalli! owh! huahuahua







hoi.... budak2 beratur nak masuk kelas!!!






ikot ketinggian plZ





nie aksi2 hebat dorang! hahaha


Papepom kitorang enjoy je.. yela dah kebetulan ada kat kampung nie, luangkan lah masa2 dengan family2 nie...



Masa berkualiti tu penting... ye dak??


wassalam....



Thursday, April 21, 2011

Bakal Tibe JUga yerr

salam......


owh presentation bakal datang juga yer!

saya sangat la gabra untuk semua itu...

mengharapkan saya akan terus2 bersemangat membuat assigment ini..hoh00

dan agak tidak mudah panic dengan sebarang soalan yang bakal di beri macam BOM atOM!


huahuahuahua.....




BOleh tak i se'confident' ini bila hari ISTIMEWA itu tiba..hoh000

k Wish me LUCK yer for NEXT-NEXT-WEEK-PRESENTATION




2 MEI 2011

wassalam.....


Monday, April 18, 2011

Giveaway Ujang9897

salam....

UJANG!!!! harap saya tak terlambat lagi!
hoh0000 k nak tahu lebih lanjuk klikn kat ENTRI IN



1) letak Header Pilihan Malaysia.. (tak wajib)

- dah letak nie..




2) Letak satu gambar korang yang sempoi ...( tak wajib)



xda la nak sempoi mana....huahuahua


3) Bebel la apa-apa..nak kutuk blog aku pun boleh...('',) ( tak wajib)


- boleh kutuk ke?? blog dia selalu kentut! hahaha


4) Tag 2 orang (bagitau la dorang ek)




5) Tinggalkan entri penyertaan di entri ini...


wokey dah! beres!!!




Sunday, April 17, 2011

Amazing 2011

Salam...

hai hai uolZ!

saya ada nak sher nga korang something tau.. benda nie saya dapat dari member melalui mesej... (tak tahu la kot2 saya yang ketinggalan hee)

camnie la lebih kurang,....

Dalam tahun 2011 nie kita akan dapat banyak tarikh 1...
antaranya 1/1/11... 11/1/11... 1/11/11.. 11/1/11

Disamping tu... jika korang sume tambah 2 digit terakhir pada tahun kelahiran dan ditambah dengan umur anda sekarang.. ia akan menghasilkan 11 bagi setiap orang!!! wow!

Contoh: 1988 jadi kita amek 88+23= 11 WOW!! Kebetulan yang hebat! SUBAHANAALLAH

Disamping tu juga, terdapat 5 hari Sabtu, 5 hari Ahad, dan 5 hari Isnin pada bulan OKTOBER..

Menurut fengsui china... keadaan ini dipanggil sebagai "BEG KEKAYAAN" urm... sebab ape.. kejadian macam nie akan berlaku dalam tempoh 832 tahun sekali!!

Jadi beruntunglah kita yang dapat merasai kebetulan yang hebat ini...

(mungkin kite boleh cari bukti2 yang kukuh dan sahih)


wassalam....



Thursday, April 14, 2011

OST Nur Kasih - Tiz Zaqyah Ft Yasin







best!!!!

Suasana

salam...
menghirup udara aircond,
mendengar kicauan suara keyboard
ktuk ktuk ktuk





kadang2 terselit bunyi2 lagu dari corong radio..
dendangan suara dari primter
srenggggggggg....
melahirkan kertas putih bertulis huruf2


kekadang terdengar kecil omelan suara2 nyaring
suara2 berbisik...
dan sampai satu ketika hanya terdengar
alunan muzik keyboard pC besama printer



itulah

ALUNAN KERJA




mood merapu


wassalam



Wednesday, April 13, 2011

Perlu ke??



salam..

bukan nak komplain bukan nak mencemuh.. cuma ter'wondering'...

perlu ke hal personal kita.. dijadikan isu di pejabat bila dah kerja nanti??

perlu ke hubungan kita diKOMEN dan di ISU BESAR kan oleh staf lain?? (kalau positif maybe boleh dirunding2 tapi kalau negatif?)

perlu ke orang kena KEPO hal personal life kita??

PERLU KE??

adoya.... bukan ape kadang rimas ok! maybe i senyum bila u komen2, but u know ke inside nie?? perlu ke nak komen hubungan seseorang??
kenapa nak dijadikan isu nie??

A: awak dah tunang ek??
B: ye saya
A: owh kenal ke hati budi ore tu??
B : yes! ofkos!
A: berapa lama u kenal dia??
B : almost 3 year
A: owh.. hati2 la... saya dulu ramai gewe/ kekasih.. semua anak2 orang kaya, bila nikah loni/sekarang semua tak menjadi... cerai berai.. kena kenal hati budi orang tu.. luar dalam dia..
B: motiF! (ko kenal dia lebih dari aku ke)
A: tunang awop taraf mana?
B : Diploma
A: owh.. kita nie pilih orang jangan sama level nga kita... macam saya, saya pilih suri/sura rumah B: so???
A: molek la dalam hubungan.. awop sepatutnya kena cari orang lain sebagai sparepart.. senang nanti ada ape2.. awak ada tempat nak meluah
B: (watdehel, as the older u should be bagi nasihat nak kekalkan hubungan tu.. bukan nak rosakkan dengan nasihat entah ape2)..

BLUR

HELOOOOOO!!!!!

dengan anak2 kamu, kamu begitu jugak ek??
so i kenalah nasihatkan wife/husband kamo.. :

"makcik/pakcik... sila la cari lelaki/pompuan lain yer?? supaya ada apa2 nanti senang makcik/pakcik nak kongsi"

LOL!!!

penat dengan KEPO2 nie... BZ body..

cuba la doa kan yang baik2....

kadang2 senyum dengan rasa plastik melekat kat mulut!


wassalam...


Tuesday, April 12, 2011

I Love U Baby!!

salam!!



hoh0.. ni i nak menunjuk kekasih2 hati yang comey lote gebu2 nie....



baby2 nie sume sangat COMEY KUASA 10






hai gurlz.. nama saya akmal!!!

macho tak saya??




kite malu la aunty!!!




nama kita aisya






kita tak suka r tengok camera.. tak macho!!! motif!




anyway nama saya aniQ..




boleh jadi model tak??




nama saya putri!




peace saya jejaka baby face!




nama saya zarith.. ^__^ Y



Monday, April 11, 2011

Thursday, April 7, 2011

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

salam..... huahua.. dah lama tak join2 give away nie.. k hari nie nak la join sekali lagi..huhu.. by DARKBATMAN.. Kalau korang nak tahu more detail about this give away just klik je kat banner tu ye... huhu
k.. kena tag 3 orang tadaaaaaa






wassalam...