oRang KUat

Saturday, May 21, 2011

OST NKTM - TANPAMU (Sabhi Saddi & Helena)




citer nie memang puas hati la... saya bagi 10 BINTANG okek! hehe
sedih... romantik.. kekeluargaan.. banyak la moral of story dalam nie.. suggest kan semua kena tengok..heheh

layan!

Sunday, May 15, 2011

Last Day

salam..

Hari nie adalah hari terakhir praktikal saya, jadi selamat lah semuanya. Berharap markah untuk LI nie bagus dan cemerlang.

Amin!

Jadi, saya akan jarang2 mengupdate blog nie, sebab selama nie guna pakai tenet pejabat je. haha,, Mengunakan kemudahan yang disediakanlah orang kata kan??

So, perancangan untuk mengisi masa lapang sementara nak sambung belajar balik bulan 9 nie, keje la kot. Dapat gak la seposen dua kan?? heee

okek babe!

Pada kawan2 tu yang singgah blog nie, tinggalkan la link korang, nanti senang2 saya pergi jalan2 kat tanah korang.

p/s: alaaa dah nak hbs baru member2 comey datang praktikal kat sini..huhu (gudluk korang!)

wassalam...


Wednesday, May 11, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

salam


Tanggal 16 Mei tiap2 tahun kita akan ada sambutan HARI GURU kan? Saya merindui giler time belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tiap-tiap tahun kita sambut ramai-ramai, sambil nyanyi lagu HARI GURU tu kan! Main game dengan guru-guru semua. Memang FUN!!

So, disini saya nak UCAPKAN

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA CIKGU-CIKGU
JASAMU TAK TERBALAS!


Engkau bukan ibuku,
Engkau juga bukan ayahku,
Tapi engkau Tetap mendidik aku,
Memberi ilmu untuk aku,

Mungkin Engkau penat melayan kerenah kami,
Tapi engkau tetap disitu,
Kami tidak pandai membaca,
Engkau jadikan kami pandai mengeja,
Kami tidak pandai mengira,
Kau jadikan kami pandai membilang,

Engkau tetap di situ...
Memberi dan terus memberi......

Melalui didikanmu,
Kini aku dipuncak, mengenggam satu amanah!
Mungkin tanpamu, aku tidak akan sampai ke sini..
Melaluimu, aku mendaki puncak..

Terima kasih Cikgu..
Jasamu tak terbalas.
Penatmu, tidak berkeringat,
Usahamu tidak terbatas.


wassalam...


Menghargai dan Dihargai

Salam....

Sedar tak sedar, saya dah nak habis praktikal!! YEPIII
sekarang pom datang opis just memenuhi hari2 terakhir as a worker..hehe
no LOGBOOK, no ASSIGNMENT...

Disebabkan keja tanpa gaji, sampai saya terpikir nak jadi SURI RUMAH tangga ja sepenuh masa... hahaha ***pelempang sebijik*** belajar di bangunan tinggi2 nak jadi tu ja...??

OKEK! Tu sebab dah kerja takde gaji.. cuba ko bagi je gaji RM3000+++ tiap2 bulan.. mahunya saya nie taknak Keje... huahauhua. Berbalik kepada tajuk entry kali ni.. MENGHARGAI DAN DIHARGAI.. urm Kita as the human yang ada hati, perasaan, jiwa ni, dah tentu la nak DIHARGAI orang ramai kan??? Tapi Sebelum kita Dihargai tu, kita perlulah MENGHARGAI orang juga.

Sebab ape?? Dengan rasa saling memberi gitu, bak kata orang "take and give" barulah adil kita hidup bermasyarakat. Ingat kita hidup BERMASYARAKAT, bukannya kita hidup sorang-sorang kita. Sejak saya merasai alam kerja nie, saya banyak belajar pelbagai benda. Di situasi ini lah pentingnya KERJASAMA! kata wonderpet "Ape yang penting?? Kerjasama!". Tanpa sikap kerjasama nie, macam-macam hal akan timbul. Ye la, kita bekerja bukan hanya dengan golongan sebaya kita, kita kerja dengan makcik standard mak kita, dengan pakcik standard ayah kita,macam-macam lah! So macam-macam la perangai dan ragam yang wujud. Disinilah bergunanya pepatah melayu " masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum".







Salah faham pom senang je berlaku bila kita hidup dalam organisasi nie, ada ketua nak ikut angin dia.. Ada yang tak ketua pom nak jugak jadi ketua. So, masalah la kan?? Jika kita jadi ketua sekalipom, kita perlu memahami anak2 buah kita, baru la orang hormat kita. Betul tak? Jangan plak nanti kata " Eh, saya pegawai, suka hati saya la." hahaah.. bagi saya pegawai tu kurang ilmu bila dia berkata begitu.. Macam RIAK!

Jadi saya hadapi semua pengalaman nie dengan SENYUMAN macam gambar kat atas tu. haha. Sebagai pengajaran dan pedoman untuk saya esok2 hari bila kerja. Saya kalau jadi BOS saya nak lindungi orang bawahan saya. Baru orang bawah kita suka, selalu doakan kita, kita juga untung.. MURAH REZEKI. Tak rugi derrr!!!





P/s: Jangan kita tunjukkan perangai yang tak perlu dicontohi kepada staf kita. Bila saya marah! saya celik mata macam nie.. takut kan?? hahaah

wassalam


Tuesday, May 10, 2011

HELP ME!! Kenapa Jadi Macam nie??

Salam...



H0h0.. kompius kompius den!!
Asal bila bukak DASHBOARD dia tak keluar entry latest blog yang kita follow... susah la nak BlogWalking kalau macam nie..huhu




Nape ek korang?? Ke saya ada ketinggalan??
huhuhu,, bantu saya yer? huhu

Monday, May 9, 2011

Hantaran Saya RM20,000 Tunai!!

Salam!

Hah! terkejut dengan tajuk entri kali nie???
Sabar,.. sabar dulu.. Saya bukanlah setamak itu untuk menentukan mas kawen dan hantaran saya.

Apa yang saya nak bncangkan disini adalah metaliti orang kita dan trend zaman sekarang.

Ok, mula2 saya nak utarakan satu persoalan:

Perlu tak duit hantaran dan mas kawen tu?? YES MEMANG PERLU...

(Yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.)

Bagi pendapat saya, duit hantaran tu macam hadiah dari suami untuk isteri selepas si PEREMPUAN sudi untuk menerima si LELAKI menjadi sebahagian daripada hidupnya dan seorang yang mampu melindunginya. Sebenarnya, jika dikatakan hadiah dari suami, ia adalah sebuah harga yang tidak ternilai, malahan kita tidak boleh mengira kasih dan cinta seorang SUAMI itu.

Namun metaliti kita selalu silap, kita menjadikan sebuah perkahwinan yang suci ini, sebagai satu beban yang perlu dan terpaksa kita tanggung.

SITUASI 1

"Alamak, saya tak cukup duit lagi la nak kawen. Hantaran mahal sangat, dia kan budak MASTER. Mahal la."

Ayat seperti diatas macam kita wanita nie bahan perdagangan, di jual beli. Islam tidak merumitkan umatnya, Islam agama yang mudah berdasarkan nas2 yang betul.


contoh perbelanjaan perkahwinan


SITUASI 2

M: "Eh, anak kak limah tu hantaran dia berapa yer? Ko ada dengar?"
N: " Eh, kalau tak silap aku dalam RM3,000 ja."
M: "RM3,000 ja?? Dah di tebuk orang ke?? lelaki keje ape?
N:" bla bla bla"

Itulah keadaan semasa sekarang.. Betul tak?? Korang setuju tak?

Sebenarnya, semakin rendah mas kawen dan hantaran itu adalah yang terbaik keadaan.
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.




Jadi kesimpulannya, kalau nak ikut pandangan orang ramai dan masyarakat sekeliling, korang kena kumpul la duit beribu raban2 lagi.. Paling senang korang pinjam LOAN, bila dah beranak, pinjaman pom belum habis bayar lagi.. Pastu bergaduh, belanja tak cukup.. Semua simpanan habis untuk kenduri kawin..

BERBALOI TAK?

Jadi sama2lah kita renung2kan.. selamat beramal.

p/s: Apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat semata2. Kalau korang ada RM10 pom, Korang mampu ja akad nikah.. Tapi perlu diingatkan juga, kehidupan kita selepas BERNIKAH memerlukan duit. Dari 1 kita jadi 2, dari 2 mungkin akan jadi 3, 4,5, bla bla bla.....

wassalam...


Sunday, May 8, 2011

IBU... IBU.. IBU..

Salam...


Ibu..

Adalah insan yang paling hampir dengan kita kan?? Betapa besar sangat budi dan jasa ibunda kita curahkan kat kita.. cuba kita ingat,.. masa kita kecik ibu sanggup bangun semata2 tak nak kita kena gigit semut.. walhal bila kita besar pom, demam je ibu sanggup bangun malam untuk pastikan kita makan ubat.. kita sebagai anak apa jasa kita kepada ibu kita?




Saya pernah bertanya dan bercerita dengan ma saya..



Saya: ma, nanti along besar kea, along jaga la semua family kita, along kea anak sulung.. ma kan?? Ma doa along berjaya la….


Ma: ma doa sokmo anak2 ma Berjaya dunia akhirat.. ma tak mintak pom anak2 ma balas jasa ma,, janji anak2 ma ingat ma bila Berjaya esok..


Sebak tak terkata saya… jenis saya, saya susah sangat nak kata “ma along saye ma” padahal saya sayang sangat ma saya.. bila saya nak ucap sayang, saya sanggup mesej ja la.. bila saya bagitau direct, automatik saya akan menangis.. huhuhu..



wanita cantik yang saya miliki.. I LOVE YOU



Ma saya adalah wonderful women bagi saya.. Dia yang membesarkan saya, mendidik saya.. Saya sangat kagum dengan ma saya, walaupun dia bekerja, dia akan pastikan sarapan akan terhidang di meja awal2 pagi lagi..



Kadang2 walaupun sikit makanan yang ma masak, saya tetap makan..bagi saya dengan cara tu, saya dapat menghargai penat lelah dia memasak pagi2 untuk kami sekeluarga. Malahan bila malam pula, ma saya tetap tak terasa penat, dia tetap menjalankan aktiviti mengemas dan memasak untuk kami sekeluarga. Membantu abah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Betapa besarnya jasa ma kepada kami sekeluarga.



Sebenarnya takde kata pom yang dapat mengungkapkan betapa kasih dan cintanya kita kepada ibu kita. Mungkin kadang2 ibu kita ada melakukan kesilapan, dia tetap ibu kita.. yang jelas, setiap manusia akan melakukan kesalahan, tidak terkecuali ibu kita. Namun ibu adalah insane yang kita perlu hormati, kasih dan cinta. ibu yang melahirkan kita, yang sangup bersusah payah untuk kita, mencari rezeki untuk dimakan, dibelanja..

Ma.. along sayang ma sangat2, mungkin sekarang along tak mampu nak bagi gapo2 kat ma, namun along akan sentiasa doakan ma sentiasa di rahmati Allah, bahagia nga kuarga kita, dan panjang umur.. along tak leh bayang kalau ma takde disisi along.. I LOVE U MA







Teringat lirik lagu 1 2 3 4 aris ariwatan…

Ibu, ku ingat dahulu, menyisir rambutku kemas selalu..
Ayah , menghantar ke sekolah, bergunalah ilmu bila dewasa…



(Dari Abu Hurairah radiyallahu’anhu,
“Datang seseorang menemui Rasulullah S.A.W. Dia bertanya, “ Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?” Baginda S.A.W menjawab. “IBUMU” “kemudian siapa?” “IBUMU.” “kemudian setelahnya siapa?” “IBUMU.” Untuk kali berikutnya orang itu bertanya, “lalu siapa?” “AYAHMU.” Jawab Baginda S.A.W)




Wassalam....





Giveaway by Lulu-Pages and Dyahaha's Little Cottage

salam!!!



ok join giveaway cik lulu..


di tag oleh cik zatil...TQ


so saya tag sume kawan2 saya ye..jgn malu2 nak join..KLIK




wassalam....

Thursday, May 5, 2011

Suasana 2



rintik- rintik si hujan renyai,
banyak lagi si air sungai,
rintik-rinti peluh didahi,
menanti waktu hendak bersurai.


makan-makan dimeja sana,
makan bersama pegawai ceria,
kalau la kita sentiasa bersederhana,
tentulahkah hidup ceria sentiasa.


menaip menulis tugas diberi,
dimeja hujung dia terletak,
janganlah kita selalu iri hati,
nanti hidup kita tak berkat!


saya bukanlah pengarang pantun,
cuma terlatih bermain kata,
ilmu dicari dengan tersusun,
agar hidup berkat sekata.

wassalam...



Selesai Satu Amanah



salam!!!

Selalu je blogwalking, tapi tak sempat nak menulis2... Saya baru je selesai menghantar tugasan dan dah selesai presentation...

Alhamdulilah... semuanya berjalan lancar dan dah selesai... walaupun terdapat la anasir2 yang memayahkan keadaan... Biasa la tu... Malahan saya sangat "beruntung", SV saya sangat2.... (huhu tak dapat diungkapkan dengan kata) LOL!! tsk

Dan saya juga sangat beruntung sebab our lecture Pm Zul sangat supportive terhadap saya walaupun saya macam nak pengsan dah kat depan dorang.. tambahan dengan kawan2 saya atikah, pokka, mirul, and abe din yang sangat memberi semangat kepada saya... TQ uALL..

Jadi sekarang saya cuma perlu menghitung hari untuk menamatkan khidmat saya di SINI sebagai Pelatih. (dalam 7 hari lagi..huhu)

Jadi sekarang saya tak perlu nak pikir2 pasal asingment dan benda yang menyerabutkan kepala.. just be myself as a worker dan tolong staf kat sini... Tambahan plak sekarang saya dah join untuk bahagian lain.. kat bahagian nie.. MEMANG BEST!! sume cool je... sporting n menganggap saya sebahagian pekerja diorang.. TAK KONDEM la...
SAYA SELESA DIBAHAGIAN INI


Ok la dulu for this time ... tadaa

wassalam...