oRang KUat

Saturday, January 14, 2012

Cuti dan Perancangan


salam....

Dah setel 1 paper, satu lagi bakal muncul, hari Isnin depan tepat jam 12tengahari tamat lah paper untuk sem ini.. Dan.. dan... Petang tu terus chowkitroad  pulang ke rumah. Hah! gile excited nak balik kampung kan??? Rasa macam tak balik kampung langsung je semesta ni.. Kejap sangat kot raya haji hari tu.. And now, cuti start 17hb Jan - 19 Feb. 

Jadi bila dah kat kampung maka pelbagai perancangan la yang ada. HohO.. sonok!


Belum sampai kampung ag. tapi dah siap semua jadual. Biasa la kenduri kendara mana kira masa kan. hoho..
Yang paling excited sekali nak g Balai Islam ambil surat nak kawen OKEK tipu.. @___@ hee~~

Cik tunang awal2 dah booking untuk kursus kawen. Dia kata, senang, time awak cuti nie terus pergi. Kan kan nanti kursus kawen akan jadi lama kan?? Ambil masa 3 4 hari?? Entah-entah seminggu. Bayar pun up la kan! Jadi baik laa wat awal-awal. Jadi awal bulan Februari nanti pergi lerr kursus tu. Tu pun dua hari juga yer. Saya memang tak tahu -_-

Kampung saya jumpa nanti ya... Rindunya semua!!!


wassalam....



Wednesday, January 11, 2012

Eh dah 2012 ek??

salam..


h0h0.. masa berlalu pun saya tak sedar.. bukan langsung tak sedar.. tapi tidak menghayati akan tahun baru.. Mungkin kebizian yang melanda membuatkan kita lupa dan leka. Alhamdulilah dah tahun baru, semangat baru. Tahun 2011 kita tinggalkan dengan penuh pengajaran dan pengertian. Yang baik, kita jadikan teladan untuk hari mendatang, yang buruk kita jadikan sebagai iktibar dan pelajaran untuk tahun yang bakal ditempuhi.

Sekarang minggu peperiksaan dan tinggal 2 paper ja lagi untuk menamatkan semesta 1 di tahun akhir. Semoga dipermudahkan. AMIN...


sekian.. ^__^