oRang KUat

Friday, April 27, 2012

Tengok diri sendiri sudaa


ibarat menunding jari ke arah orang lain, tapi 4 jari lagi ke arah diri sendiri!


Friday, April 20, 2012


adakah aku bersedia untuk hari mendatang
adakah aku siap untuk menempuhnya
mampu kah aku??
jawapannya tetap dalam diri aku

Tuhan semoga Kau limpahkan rahmatMu untuk aku
untuk aku gagah dan bersemangat disetiap langkah aku
mencari redha mu disetiap nafasku
mencari ikhlas dalam diri aku



Terkilan... Mungkin

salam.....

Lagi sebulan lebih, sahabat baik saya akan menjejak kaki ke pelamin. Waaa sapa sangka kan?? Sedang-sedang dia menghitung hari bahagia saya, tiba-tiba dia merancang dalam diam! HAIP!!!! hehehe Takpe benda baik. Alhamdulilah. Dia bertunang pun telah membuatkan saya terkejut gaban! Sedangkan majlis bertunang awal MAC lepas pom saya tak dapat hadir, ini pula hari berbahagia awak.. Sori ye nabilah sayam!

Ya, faktor student semesta akhir, saya terpaksa berkejar dengan deadline sampai saya hampir died dibuatnya.  Mintak maaf sangat2. Dan bukan itu sahaja, saya turut terkilan tak dapat hadir  majlis perkahwinan sahabat bakal suami saya juga. Merangkap member kitorang. NGeee Terpaksa lah si dia berseorangan hadir majlis tu. Baju bukan main dah ready. Sekali tak dapat hadir. So sorry. Masa sangat- sangat menghimpit saya. Saya sangatttt ingin hadir sebenarnya. Tapi melihatkan schedule yang bagai mengejar dan saya berlari saya terpaksa berkorban.


18 Mei : Siap artikel & seluruh bab untuk semakan SV
21 Mei : sent artikel kepada penyelaras
28 Mei- 1 Jun : perbentangan PSM 
5 June : salinan draf akhir
6 Jun- 8 Jun : pemberian markah oleh panel
pembetulan sebelum penjilidan
******FINAL XM******
1July : tarikh akhir penyerahan PSM dah setel terjiliD!

Majlis Nabilah 31 Mei (Owhhh saya tengah pucat tanpa darah di depan panel)
Majlis Sahabat si dia: 1 2 Jun (owh saya tengah gilee untuk pembetulan draf akhir)

Ya..... Saya takde pilihan! hukhukhuk.. Mintak maaf semua.. P/s: majlis saya kena datang tau!!!!
 wasalam.....



Thursday, April 19, 2012

Menyepi


 salam....

Sedar tak sedar dah masuk bulan ke 4 dalam tahun 2012.. Dah pertengahan pun, minggu depan dah kira hujung bulan! YA ALLAH cepatnya masa... 

Blog pun lama sangat tak terusik. Ye lah, apa lah sangat blog ini. Ceh! Rupa-rupanya dah hampir 4 bulan lah juga saya tidak melewati dan melawati blog ini.. Sadis! Sibuk woooo... tak terkapai tangan. Bila balik kampung segala alam maya yang ada semestinya tak terusik. Saya takde tenet. Tapi enjoy okek, tanpa sebarang apa-apa hiburan alam maya, hanya lah kami dan kami.

Oya.. 4 bulan yang lepas saya tinggalkan blog ini dengan last paper untuk final. Dan sekarang saya kembali bajet orang tunggu dengan entry baru, dikala dan ketika tengah serabut dan final dan projek-projek yang bagai menikam jantung hati dan paru-paru saya. Sadis bukan!

Dan masih berbaki sebulan untuk saya dan kawan-kawan sekuliah untuk menyiapkan PSM kami. Mohon dipermudahkan AMIN. Dan juga masih berbaki dua bulan sebelum saya meninggalkan dunia yang penuh dengan kenangan manis bersama sahabat-sahabat di UTM.. Sedih....... itu lumrah.

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT ITU DOA SAYA





wasalam.....