oRang KUat

Monday, May 9, 2011

Hantaran Saya RM20,000 Tunai!!

Salam!

Hah! terkejut dengan tajuk entri kali nie???
Sabar,.. sabar dulu.. Saya bukanlah setamak itu untuk menentukan mas kawen dan hantaran saya.

Apa yang saya nak bncangkan disini adalah metaliti orang kita dan trend zaman sekarang.

Ok, mula2 saya nak utarakan satu persoalan:

Perlu tak duit hantaran dan mas kawen tu?? YES MEMANG PERLU...

(Yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.)

Bagi pendapat saya, duit hantaran tu macam hadiah dari suami untuk isteri selepas si PEREMPUAN sudi untuk menerima si LELAKI menjadi sebahagian daripada hidupnya dan seorang yang mampu melindunginya. Sebenarnya, jika dikatakan hadiah dari suami, ia adalah sebuah harga yang tidak ternilai, malahan kita tidak boleh mengira kasih dan cinta seorang SUAMI itu.

Namun metaliti kita selalu silap, kita menjadikan sebuah perkahwinan yang suci ini, sebagai satu beban yang perlu dan terpaksa kita tanggung.

SITUASI 1

"Alamak, saya tak cukup duit lagi la nak kawen. Hantaran mahal sangat, dia kan budak MASTER. Mahal la."

Ayat seperti diatas macam kita wanita nie bahan perdagangan, di jual beli. Islam tidak merumitkan umatnya, Islam agama yang mudah berdasarkan nas2 yang betul.


contoh perbelanjaan perkahwinan


SITUASI 2

M: "Eh, anak kak limah tu hantaran dia berapa yer? Ko ada dengar?"
N: " Eh, kalau tak silap aku dalam RM3,000 ja."
M: "RM3,000 ja?? Dah di tebuk orang ke?? lelaki keje ape?
N:" bla bla bla"

Itulah keadaan semasa sekarang.. Betul tak?? Korang setuju tak?

Sebenarnya, semakin rendah mas kawen dan hantaran itu adalah yang terbaik keadaan.
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.




Jadi kesimpulannya, kalau nak ikut pandangan orang ramai dan masyarakat sekeliling, korang kena kumpul la duit beribu raban2 lagi.. Paling senang korang pinjam LOAN, bila dah beranak, pinjaman pom belum habis bayar lagi.. Pastu bergaduh, belanja tak cukup.. Semua simpanan habis untuk kenduri kawin..

BERBALOI TAK?

Jadi sama2lah kita renung2kan.. selamat beramal.

p/s: Apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat semata2. Kalau korang ada RM10 pom, Korang mampu ja akad nikah.. Tapi perlu diingatkan juga, kehidupan kita selepas BERNIKAH memerlukan duit. Dari 1 kita jadi 2, dari 2 mungkin akan jadi 3, 4,5, bla bla bla.....

wassalam...


5 comments:

tieykah said...

nikoh pom nikoh la.xajok ak nyekeh la.huh~

Akmal Ezzah Alias said...

@tiekah: hahahh nyo ajok..jgn dibimbe

BHAIHAQI COOL said...

hahaha , hantaran tuu x penting , yg penting , sling bantu membantu , ketika susah senang hidup .. :)

Akmal Ezzah Alias said...

@bhaihaqi cool: aa betul2..hehe

Merpati Puteh said...

suka entri ni, kena ngan masa skrg