oRang KUat

Sunday, May 8, 2011

IBU... IBU.. IBU..

Salam...


Ibu..

Adalah insan yang paling hampir dengan kita kan?? Betapa besar sangat budi dan jasa ibunda kita curahkan kat kita.. cuba kita ingat,.. masa kita kecik ibu sanggup bangun semata2 tak nak kita kena gigit semut.. walhal bila kita besar pom, demam je ibu sanggup bangun malam untuk pastikan kita makan ubat.. kita sebagai anak apa jasa kita kepada ibu kita?




Saya pernah bertanya dan bercerita dengan ma saya..



Saya: ma, nanti along besar kea, along jaga la semua family kita, along kea anak sulung.. ma kan?? Ma doa along berjaya la….


Ma: ma doa sokmo anak2 ma Berjaya dunia akhirat.. ma tak mintak pom anak2 ma balas jasa ma,, janji anak2 ma ingat ma bila Berjaya esok..


Sebak tak terkata saya… jenis saya, saya susah sangat nak kata “ma along saye ma” padahal saya sayang sangat ma saya.. bila saya nak ucap sayang, saya sanggup mesej ja la.. bila saya bagitau direct, automatik saya akan menangis.. huhuhu..



wanita cantik yang saya miliki.. I LOVE YOU



Ma saya adalah wonderful women bagi saya.. Dia yang membesarkan saya, mendidik saya.. Saya sangat kagum dengan ma saya, walaupun dia bekerja, dia akan pastikan sarapan akan terhidang di meja awal2 pagi lagi..



Kadang2 walaupun sikit makanan yang ma masak, saya tetap makan..bagi saya dengan cara tu, saya dapat menghargai penat lelah dia memasak pagi2 untuk kami sekeluarga. Malahan bila malam pula, ma saya tetap tak terasa penat, dia tetap menjalankan aktiviti mengemas dan memasak untuk kami sekeluarga. Membantu abah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Betapa besarnya jasa ma kepada kami sekeluarga.



Sebenarnya takde kata pom yang dapat mengungkapkan betapa kasih dan cintanya kita kepada ibu kita. Mungkin kadang2 ibu kita ada melakukan kesilapan, dia tetap ibu kita.. yang jelas, setiap manusia akan melakukan kesalahan, tidak terkecuali ibu kita. Namun ibu adalah insane yang kita perlu hormati, kasih dan cinta. ibu yang melahirkan kita, yang sangup bersusah payah untuk kita, mencari rezeki untuk dimakan, dibelanja..

Ma.. along sayang ma sangat2, mungkin sekarang along tak mampu nak bagi gapo2 kat ma, namun along akan sentiasa doakan ma sentiasa di rahmati Allah, bahagia nga kuarga kita, dan panjang umur.. along tak leh bayang kalau ma takde disisi along.. I LOVE U MA







Teringat lirik lagu 1 2 3 4 aris ariwatan…

Ibu, ku ingat dahulu, menyisir rambutku kemas selalu..
Ayah , menghantar ke sekolah, bergunalah ilmu bila dewasa…



(Dari Abu Hurairah radiyallahu’anhu,
“Datang seseorang menemui Rasulullah S.A.W. Dia bertanya, “ Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?” Baginda S.A.W menjawab. “IBUMU” “kemudian siapa?” “IBUMU.” “kemudian setelahnya siapa?” “IBUMU.” Untuk kali berikutnya orang itu bertanya, “lalu siapa?” “AYAHMU.” Jawab Baginda S.A.W)




Wassalam....





7 comments:

Syafiq Rosli said...

mak adalah insan yang terbaik

Akmal Ezzah Alias said...

@ Syafiq rosli: yang terbaik

アヌム ちゃん~~ said...

Salam. moshi2..jalan2 singgah sini kejap..nice blog :)
Sudi2 la baca my new entri @ frommetoyou ni ye..arigatou..(^____^)

tieykah said...

selamat hari ibu untuk ma.:)

Akmal Ezzah Alias said...

@tiekah: selamat hari ibu untuk mek jgk!!

ALIAA MIZAN said...

sedeh... :'(

Akmal Ezzah Alias said...

nape sedey2? huhu.. tu lah pengorbanan semua ibi kita..