oRang KUat

Sunday, March 20, 2011

Wanita Pilihan


salam....


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Di antara tanggung jawab seorang lelaki dan seorang bapa terhadap anak-anaknya adalah memilih seorang bakal ibu yang baik terhadap bakal anaknya.

Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …

1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat- sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada laranganNya dan perkara-perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :


“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan kerana agamanya,maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama”



Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa:

“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.”


Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam. Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang .

Ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya ‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”. Maka jawab Rasulullah s.a..w “Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau akan rasa seronok”.

*******


2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah terhadap Allah s.w.t.

******


3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.

*******



4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya :

“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang terlebih murah isi kahwinnya”

Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud:

“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan rahimnya itu kepada beranak”

untuk pembacaan lanjut sila klik sini: CIRI WANITA DALAM ISLAM

wassalam...

No comments: